Thursday, January 1, 2015

2015

... salam ...

bila aku tgok ruang 2014 tu, yang ada cuma 4 lembaran .. jadi aku duduk muhasabah diri . ingatkan diri apa yang berlaku sepanjang tahun ini. pada aku ini tahun yang terlambat untuk aku lewati. setiap hari bagaikan tidak mahu berakhir. peperangan dalam jiwa seakan x mahu berhenti. *sigh

Ramai orang kata, jangan pandang belakang terus maju ke hadapan . tapi aku suka pejam mata toleh ke belakang. apa yang ada di belakang terlalu dekat dalam hati aku. terlalu dekat . *cries

2014 terlalu banyak kesedihan. terlalu banyak mata ini menyaksikan kejamnya dunia. Hatta kejamnya manusia. Bukan cuma kejam manusia pada dunia, tapi kejamnya manusia pada manusia. 2014 menjanjikan pada aku begitu susah untuk mencari manusia jujur yang matanya xdigelapi dengan harta pangkat dan dunia. *damn

walaupun 2014 dah selamat meninggalkan aku, dia tak tinggalkan aku sendirian. dia tinggalkan juga satu rasa . satu rasa yang sampai sekarang aku sendiri xmengerti. 

salam sayang,
ira anak lan


No comments: