Tuesday, October 8, 2013

lemas

... salam ...

minggu kelima untuk semester 7
hampir ke penghujung jalan
penamat cerita sarjana muda
:')

hidup menjadi terlalu sibuk
dan seronok
:)

hidup menjadi terlalu penuh
dan lapang
:)

ye , cerita latihan industri dah lama aku kuburkan
walau terkadang terselit kisah dahulu
tapi, untuk apa lagi dijengah ke masa lalu
untuk apa kan .
:)

dan cerita semester 7
cerita manusia dewasa
antara dunia dan akhirat

pernah ke kita ingat , bahawasanya yang mati itu boleh datang bila bila sahaja
tapi kita masih dengan dunia . Dia pernah tegur aku . tegur dengan cara menyentap jiwa aku . betapa Dia berkuasa untuk segalanya . Tapi aku masih diberi peluang, peluang melihat dunia kembali . Meminta ampun untuk cerita dahulu. dan aku masih di sini hari ni . Dia mahu aku kembali ke dunia , kerana Diaa tahu masih banyak yang harus aku cari untuk bawa p ulang kepada Dia.
Tapi aku semakin lemas, lemas dengan dunia.Lemas dengan manusia-manusia yang megah gagah berjalan di dunia.Apa mereka lupa, Tuhan itu ada.Tuhan itu tidak mati malah tidak tidur.Tapi kenapa mereka seakan lupa.

macam mana untuk selamatkan semua orang
macam mana untuk sedarkan semua orang
macam mana nak semua orang berjalan di laluan yang benar

macam mana nak tolong kalau orang asyik suruh sempurnakan diri
kalau nak tunggu punya manusia sempurna baru nak terima nasihat
apa masih sempat 
sempat untuk mulakan segalanya
apa mampu
mampu ke

ah , kau semua tunggu manusia sempurna
barangkali kau fikir kau masih punya nyawa
kau lupa , mati itu bila bila sahaja
.......................