Friday, August 23, 2013

9 hari terakhir nanti

... salam ...

kalau dulu
waktu aku menjejakkan kaki ke Flextronics
waktu bergerak terlalu perlahan di sana
tapi bila pulang
waktu terlalu buru untuk pergi

dan aku cuma sempat
mencoretkan kisah 10 hari pertama

dan kini
tinggal cuma 9hari terakhir

perkara yang pasti
aku akan tersenyum gembira
untuk hari yang terakhir
InsyaAllah

dan bermula kembali
kehidupan sebagai pelajar

pelajar yang masih dapat belajar
:)

kita manusia yang masih tidur
tidur dengan suasana yang sangat selesa
#Pray4Egypt and Syria
:'(

Monday, August 19, 2013

hari aku minggu lalu .

... salam ..

benarlah bidalan orang
sahabat itu cerminan buat diri kita

cermin yang kita lihat hampir setiap pagi
cuma merupakan pantulan luaran buat diri
bukan dari hati

sementara sahabat pula
pantulan akhlak dan peribadi yang dipunyai diri

buat sahabat setia
yang tabah mendengar semua kekasaran yang ada
menerima kekurangan yang tersedia ada
yang tetap setia walau suara setinggi mana
dan dalam gelak ketawa
kita masih tetap menangis pada sang Khalik
tetap berusaha menggapai manisnya iman
walaupun serinngkali kita jatuh
malah terhimpit jua dengan urusan dunia

tapi selagi Dia ada
moga ukhuwah yang terbina
tetap kekal
manis dan cuma untuk Dia

terima kasih
untuk coretan 130813
aku tidak sedar hari itu sudah berlalu
hampir seminggu
atau lebih

dan usia aku juga
semakin bertambah
hingga aku sendiri sering tertanya tanya
no berapa milik aku
apa terus bertambah
atau bakal terhenti nanti

dan melihat coretan itu juga
tiada aku sangka
tarikh itu cantik
tersusun kemas
semoga kehidupan ini juga
tersusun kemas dengan syriat dia

sebaik baik pujian itu kita kembalikan kepada yang berhak
kerana sesungguhnya
tanpa Dia
tidak mampu aku mempunyai 
semua pendirian yang aku genggam
semua rasa yang aku tahan
dan semuanya

terima kasih ALLAH
nikmat umur yang masih berpanjangan
:')




Sunday, August 18, 2013

contengan si daging kecil

... salam ...

masa lapang dan kesihatan
dua kenikmatan yang sering manusia gagal dan tenggelam

...

lama sungguh aku menyepi
menyepi melayan rasa hati
berhenti melahirkan gelodak jiwa
padahal jiwa ini semakin meronta
semakin lemah

gadis yang dulu
yang cuba menyelami erti ikhlas dan pengertian sabar
semakin hanyut
semakin tenggelam
hampir ke dasar
mencecah ke lautan dalam
tiada tangan yang mampu digapai untuk kembali ke daratan

gadis yang dulu
sentiasa tenang dalam kemelut
berusaha sehabis upaya
tapi ,
jiwanya kini
penuh kemarahan
kesakitan
malah kebencian

hingga dia lupa
lupa apa yang dia marahkan
apa yang dia bencikan
kerana rasa sakit itu mengaburi daging kecil bernama hati

cuma kadangkala
kalau dia tersedar
bahawa dia masih berpijak di bumi Tuhan
baru dia rasa kerdil
betapa kerdilnya diri dia
betapa hinanya dia
betapa dia itu bukan sesiapa
tapi masih memiliki jiwa kemarahan yang besar
kebencian yang mendalam
hingga hatinya sendiri
tak mampu lagi dikawal
tak mampu

bukan dia tak mencuba
pernah selalu dia persetankan rasa yang bersarang
pernah dan hampir selalu
akhirnya dia kaku
hati dia bisu
dia cuma mampu
pejamkan mata dan menghirup nafas
dan kuncikan buah bicara
kerana dia takut
bicara yang bakal termuntah itu
membuat isi dunia membenci dirinya
padahal dia cuma mahu melempiaskan rasa
betapa sakit nya hati dia
melihat dunia kejam pada diri nya

hingga kini
ada mutiara jernih berpaksi pada alis mata
mutiara yang tak pernah berubah menjadi permata
tapi cukup mendamaikan jiwa
kalau semua rasa itu
dia kembalikan kepada Dia

Dia yang sering ada
utuh dan teguh
yang memberi segala rasa di jiwa
dan kepada Dia , dia kembalikan segalanya
walau bukan dalam 3/4 malam ( krn dia masih gagal )
tapi cukup buat dirinya
cukup 
kerana rahmat Dia itu sangat meluas

............

Siapakah di antara kamu yang dianggap kuat ?
kami menjawab : "orang - orang yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun"
Nabi SAW bersabda : "bukan , tetapi orang - orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah"
(HR MUSLIM)