Tuesday, May 14, 2013

ikhlas

... salam ...

Alhamdulillah
hampir 2 minggu untuk ke final
dan aku tidak pasti sedekat mana persediaan aku
sejauh mana aku dengan kelalaian
itu diri aku sekarang

semakin terbuai dengan dunia
walaupun aku sedar
tapi seolah - olah usaha aku untuk kembali
masih lagi tidak berjaya

masya'Allah
sudah rejab
rejab yang aku rindukan
rejab yang memulakan segalanya
dan kerana aku bosan dengan apa yang berlaku di dunia
aku mula mencari keseronokan buat diri

berbekal kan game2 yang melalaikan
buat aku semakin teruja
teruja dengan dunia sendiri

hingga ada halwa telinga
yang menuntut air mata

buat aku sedar
aku sudah jauh
jauh untuk ikhlas
terlalu banyak merungut
terlalu banyak sekali
hilang sudah segalanya

dan DIA tegur aku semalam
dengan cara yang aku paling lemah
bila soal hati aku terusik

antara pegangan aku sendiri
dengan keadaan yang memaksa
cuma satu pilihan yang rasional aku lakukan
dengan harapan
TUHAN tahu betapa aku terpaksa
betapa aku relakan hati

moga Allah ampunkan dosa aku
dosa kita
dan moga DIA tahu
apa niat aku di jiwa

antara jalan yang luas penuh kesenangan ATAU denai sempit yang punya keberkatan 


aku pilih jalan yang sempit semalam
moga Allah redha



.....................................

No comments: