Tuesday, March 19, 2013

cinta aku

... salam ... 

google masih tegar membantu aku yang hilang semangat
pelbagai keyword aku masukkan
terpampang senarai syarikat yang menwarkan latihan industri buat pelajar seperti aku
dan aku masih yakin
masih ramai yang mencari - cari
dan redha dengan rezeki mereka

tapi lain pula aku
aku masih gagal
bukan kerana terlalu memilih
tapi barangkali belum dipilih
banyak panggilan dibuat
tapi semuanya mengecewakan

" kos awak xsesuai untuk kami "

ayat ini sgt memberi tamparan hebat buat aku
aku yang masih belum memegang ijazah
belum menamatkannya lagi
tapi dihimpiti rasa tiada permintaan untuk kos yang sedang aku laksanakan

marah dan kecewa
itu diri aku kebelakangan ini
dgn rasa malas mahu mengulangkaji
membuat aku terus lalai dan alpa
dalam cubaan menceriakan diri

aku berada di tahun 3
tahun depan tahun terakhir aku sebelum mengenggan ijazah
tapi di tahun 3 ini
aku rasa terbit satu perasaan
"adakah aku di persimpangan yang salah ? berat untuk aku teruskan tapi xmungkin untuk aku berpatah balik "

dunia fizik
dunia ini yang aku benci waktu di zaman sekolah
berapa waktu yang aku habiskan
terlalu haram untuk otak aku menerjemahkan rasa pengertian
aku tetap buta

hingga ke zaman matrikulasi
aku dikecam lagi dengan dunia fizik
bila aku dapat tawaran major fizik
xmungkin bisa aku mengerjakan sesuatu yang aku benci
aku jatuh dalam meneruskan perjuangan dlm dunia fizik
tapi entah macam mana
aku jadi jatuh cinta dgn fizik
semuanya bermula dgn semester 2
semuanya terlalu mudah buat aku
tapi ditemani dgn kerja keras dan usaha
dan akhirnya tawakal
dan alhamdulillah
aku berjaya menamatkan zaman matrikulasi

dan kini
aku di UTM
meneruskan perjuangan bersama dunia fizik
kini aku di tahun 3
sekali lagi fizik memainkan perasaan cinta aku
menguji aku di saat aku hampir menuju ke tahun akhir
semakin banyak aku belajar
semakin banyak persoalan yang muncul
dan terlalu banyak jawapan yang tak muncul

semuanya buat aku fikir
apa yang aku belajar selama ni ?
apa yang aku lupa selama ni ? 
dan yang plg penting , apa yang aku tahu perihal cinta aku , iaitu fizik .

kosong .

semuanya gara - gara permohonan praktikal aku ditolak
hilang semua rasa cinta dan sikap positif
barangkali ini waktunya cinta kami di uji

aku duduk bertenang
sambil tangan ligat membuat nota ringkas
fikiran aku kembali mengeluarkan perintah pada hati
fikirkan
apa yang mahu kau jawab tentang cinta kau ?
impian kau bersama cinta kau ?
apa mahu kau kuburkan
cuma kerana permohonan kau ditolak ?
itu diri kau yang sebenar ?

bodoh . aku si bodoh yang terbodoh . kalau aku cuba berhenti mencintai fizik .
fizik yang buat aku menangis dan gembira lebih dari cinta yang remaja kejarkan .
aku si bodoh yang tak bisa sekali dimaafkan .

dan kini aku mengumpul kembali cebisan cinta yang aku remukkan ,
moga terjadi peluang kedua .
jika islam sering memberi perumpamaan wujudnya DIA sperti angin , 
yg kamu tidak nmpak tapi kamu merasai kewujudannya . 
sama seperti aku . 
aku cintakan fizik sama seperti angin ,
aku belajar perkara yang kamu tidak nampak tapi kamu merasainya
dan sama juga seperti bunyi
yang kamu dengar tapi xbisa kamu jelaskan dari mana ianya hadir

kisah ini buat diri aku
dan yakinlah aku
kisah ini bakal aku sisipkan buat pedoman 
biar aku tidak lupa
cinta aku pada fizik
bukan sesuatu yang perlu aku hapuskan
dan bukan juga benda yang harus aku lupakan

ini impian aku
ini jalan aku
dan ini cita aku

biar mereka x mengerti
asalkan aku tahu
DIA  beri jalan ini untuk aku
cuma diletak duri di jalan aku yang hampir ke penghujung
dan pilihan ada di tangan aku
memilih menangis krn jalan berduri
atau ambil duri dan buangkan

doa kalian diharap
doa sahabat buat sahabat ini
insyaAllah 


















Tuesday, March 12, 2013

soalan yg mencemaskan

... salam ...

Allah berfirman dalam surah AL_HAAQQAH (hari kiamat) ayat 18 :

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada satupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)"

Menurut Sheikh Mahir Ahmad as-Shufi dlm terjemahan buku al-Hisaab wal 'Ard'alallah , 
terdapat 6 persoalan penting yang ditanya Allah .

SOALAN KEIMANAN

SOALAN BERKAITAN AMANAH

SOALAN BERKAITAN MATA , TELINGA DAN HATI

SOALAN BERKAITAN UMUR , ILMU DAN HARTA

SOLAN BERKAITAN NIKMAT ALLAH

SOALAN BERKAITAN JANJI DAN SUMPAH

dipetik dari buku
TERPELANTING DARI SIRATULMUSTAKIM
buku yang diterjemah sah drpd buku asal oleh Suyadi terbitan DIVA Press ,
 Jogjakarta Indonesia


Friday, March 1, 2013

aku dan DIa

... salam ...

kembali pada kehidupan di sini
berteman kan perabut yang kebiruan
membuat aku terfikir
aku harus kembali kepada rutin
rutin mendekatkan diri pada dia
di sini , lebih mudah , lebih usaha
walaupun sebenarnya
ianya tidaklah terlalu mudah 

dan kalau pula di rumah
xdapat banyak aku lakukan
urusan kekeluargaan membuat diri alpa dan leka
leka dgn keseronokan bersama
Allah

adakah aku
mendambakan Dia tatkala aku di bumi UTM sahaja ?

istirfar 

jatuh terduduk

moga dijauhkan
kebergantungan aku pada Dia
cuma bersifat dunia
dunia dan dunia