Thursday, February 21, 2013

ujian :)

... salam ...

hampir seminggu di bumi UTM . walaupun ini ialah minggu kedua kuliah . kuliah bahagian pertama cuma ada 8 minggu . dan minggu kedua sudah habes . tapi pensyarah masih sibuk dengan urusan mereka . membuatkan kami terus leka . leka dengan mood cuti tempoh hari . buktinya , tiada lagi tugasan . mahupun nota yang mahu aku telaah . atau barangkali ini cuma kemalasan aku . kemalasan diri dari mahu keluar dari kelompok jiwa yang tertidur .




hidup . terlalu serasi telinga mendengar . hidup tentang membuat pilihan . juga mendapat pilihan . hati menjadi raja bagi setiap pilihan . tapi sering kali manusia silap . dalam tuli mengikut raja , lupa  pada yang Maha Berkuasa . yang memberi segala ujian dan rahmat .

selagi mana awak bernafas . selagi itu rahmat Dia tak pernah putus awak hirup dan sedut .
melihat nikmat sebagai rahmat . itu biasa . tapi melihat ujian sebagai rahmat , itu luar biasa .

p/s : esok , barangkali udara bp yang menerobos ke rongga .

No comments: