Wednesday, January 9, 2013

sendiri

... salam ...

sendiri
5 hari lagi
untuk cuti cuma sebulan
tapi percayalah
sebulan sudah buat aku rindu
untuk berteleku kembali
Allah
:)

5hari
untuk aku sendiri
Alhamdulillah
aku x pernah merasa sepi
kerana aku tahu
Allah itu xpernah meningalkan hambanya
cuma hamba Dia
yang selalu lupa Dia
tapi kembali bila kesusahan melanda
Allah

aku menjadi manusia yang senang
dengan usaha masih merangkak mencari diri
semuanya aku sandarkan pada Dia
walau kadang hampir jatuh tersungkur
tapi mujur
kitab yang menjadi pegangan 
beri keajaiban pada diri
ajaib dan indah
ketenangan yang x dijaja di pasar2
Allah

ikhlas dan sabar
dan akhirnya aku terus tersenyum
tersenyum
kerana Dia nampak aku
lalu aku diuji
Allah

x perlu bicara pada sesiapa
aku khuatir jatuh pula fitnah
lebih teruk pula itu kategori umpatan
x perlu aku bicara
kerana Dia tahu
itu ujian kecil buat aku
Dia mahu titis - titis jernih itu
mengalir cuma pada Dia
pada Dia
bukan pada hambanya yang lain
cuma pada Dia
ALLAH

Oh Allah , terlalu besar nikmat yang Engkau kurniakan .
pada aku , dia dan kami . sedangkan kami masih menzalimi diri . 
Maka dengan itu , berilah kami petunjuk Allah .
Biar kami sering berada dalan kebenaran.
Aamiin

...

p/s : tomorrow got paper :)






No comments: