Tuesday, October 8, 2013

lemas

... salam ...

minggu kelima untuk semester 7
hampir ke penghujung jalan
penamat cerita sarjana muda
:')

hidup menjadi terlalu sibuk
dan seronok
:)

hidup menjadi terlalu penuh
dan lapang
:)

ye , cerita latihan industri dah lama aku kuburkan
walau terkadang terselit kisah dahulu
tapi, untuk apa lagi dijengah ke masa lalu
untuk apa kan .
:)

dan cerita semester 7
cerita manusia dewasa
antara dunia dan akhirat

pernah ke kita ingat , bahawasanya yang mati itu boleh datang bila bila sahaja
tapi kita masih dengan dunia . Dia pernah tegur aku . tegur dengan cara menyentap jiwa aku . betapa Dia berkuasa untuk segalanya . Tapi aku masih diberi peluang, peluang melihat dunia kembali . Meminta ampun untuk cerita dahulu. dan aku masih di sini hari ni . Dia mahu aku kembali ke dunia , kerana Diaa tahu masih banyak yang harus aku cari untuk bawa p ulang kepada Dia.
Tapi aku semakin lemas, lemas dengan dunia.Lemas dengan manusia-manusia yang megah gagah berjalan di dunia.Apa mereka lupa, Tuhan itu ada.Tuhan itu tidak mati malah tidak tidur.Tapi kenapa mereka seakan lupa.

macam mana untuk selamatkan semua orang
macam mana untuk sedarkan semua orang
macam mana nak semua orang berjalan di laluan yang benar

macam mana nak tolong kalau orang asyik suruh sempurnakan diri
kalau nak tunggu punya manusia sempurna baru nak terima nasihat
apa masih sempat 
sempat untuk mulakan segalanya
apa mampu
mampu ke

ah , kau semua tunggu manusia sempurna
barangkali kau fikir kau masih punya nyawa
kau lupa , mati itu bila bila sahaja
.......................


Friday, August 23, 2013

9 hari terakhir nanti

... salam ...

kalau dulu
waktu aku menjejakkan kaki ke Flextronics
waktu bergerak terlalu perlahan di sana
tapi bila pulang
waktu terlalu buru untuk pergi

dan aku cuma sempat
mencoretkan kisah 10 hari pertama

dan kini
tinggal cuma 9hari terakhir

perkara yang pasti
aku akan tersenyum gembira
untuk hari yang terakhir
InsyaAllah

dan bermula kembali
kehidupan sebagai pelajar

pelajar yang masih dapat belajar
:)

kita manusia yang masih tidur
tidur dengan suasana yang sangat selesa
#Pray4Egypt and Syria
:'(

Monday, August 19, 2013

hari aku minggu lalu .

... salam ..

benarlah bidalan orang
sahabat itu cerminan buat diri kita

cermin yang kita lihat hampir setiap pagi
cuma merupakan pantulan luaran buat diri
bukan dari hati

sementara sahabat pula
pantulan akhlak dan peribadi yang dipunyai diri

buat sahabat setia
yang tabah mendengar semua kekasaran yang ada
menerima kekurangan yang tersedia ada
yang tetap setia walau suara setinggi mana
dan dalam gelak ketawa
kita masih tetap menangis pada sang Khalik
tetap berusaha menggapai manisnya iman
walaupun serinngkali kita jatuh
malah terhimpit jua dengan urusan dunia

tapi selagi Dia ada
moga ukhuwah yang terbina
tetap kekal
manis dan cuma untuk Dia

terima kasih
untuk coretan 130813
aku tidak sedar hari itu sudah berlalu
hampir seminggu
atau lebih

dan usia aku juga
semakin bertambah
hingga aku sendiri sering tertanya tanya
no berapa milik aku
apa terus bertambah
atau bakal terhenti nanti

dan melihat coretan itu juga
tiada aku sangka
tarikh itu cantik
tersusun kemas
semoga kehidupan ini juga
tersusun kemas dengan syriat dia

sebaik baik pujian itu kita kembalikan kepada yang berhak
kerana sesungguhnya
tanpa Dia
tidak mampu aku mempunyai 
semua pendirian yang aku genggam
semua rasa yang aku tahan
dan semuanya

terima kasih ALLAH
nikmat umur yang masih berpanjangan
:')




Sunday, August 18, 2013

contengan si daging kecil

... salam ...

masa lapang dan kesihatan
dua kenikmatan yang sering manusia gagal dan tenggelam

...

lama sungguh aku menyepi
menyepi melayan rasa hati
berhenti melahirkan gelodak jiwa
padahal jiwa ini semakin meronta
semakin lemah

gadis yang dulu
yang cuba menyelami erti ikhlas dan pengertian sabar
semakin hanyut
semakin tenggelam
hampir ke dasar
mencecah ke lautan dalam
tiada tangan yang mampu digapai untuk kembali ke daratan

gadis yang dulu
sentiasa tenang dalam kemelut
berusaha sehabis upaya
tapi ,
jiwanya kini
penuh kemarahan
kesakitan
malah kebencian

hingga dia lupa
lupa apa yang dia marahkan
apa yang dia bencikan
kerana rasa sakit itu mengaburi daging kecil bernama hati

cuma kadangkala
kalau dia tersedar
bahawa dia masih berpijak di bumi Tuhan
baru dia rasa kerdil
betapa kerdilnya diri dia
betapa hinanya dia
betapa dia itu bukan sesiapa
tapi masih memiliki jiwa kemarahan yang besar
kebencian yang mendalam
hingga hatinya sendiri
tak mampu lagi dikawal
tak mampu

bukan dia tak mencuba
pernah selalu dia persetankan rasa yang bersarang
pernah dan hampir selalu
akhirnya dia kaku
hati dia bisu
dia cuma mampu
pejamkan mata dan menghirup nafas
dan kuncikan buah bicara
kerana dia takut
bicara yang bakal termuntah itu
membuat isi dunia membenci dirinya
padahal dia cuma mahu melempiaskan rasa
betapa sakit nya hati dia
melihat dunia kejam pada diri nya

hingga kini
ada mutiara jernih berpaksi pada alis mata
mutiara yang tak pernah berubah menjadi permata
tapi cukup mendamaikan jiwa
kalau semua rasa itu
dia kembalikan kepada Dia

Dia yang sering ada
utuh dan teguh
yang memberi segala rasa di jiwa
dan kepada Dia , dia kembalikan segalanya
walau bukan dalam 3/4 malam ( krn dia masih gagal )
tapi cukup buat dirinya
cukup 
kerana rahmat Dia itu sangat meluas

............

Siapakah di antara kamu yang dianggap kuat ?
kami menjawab : "orang - orang yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun"
Nabi SAW bersabda : "bukan , tetapi orang - orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah"
(HR MUSLIM)







Sunday, June 30, 2013

10 hari pertama

... salam ...

lama benar rasanya
terlalu ralit dan asyik dengan alam realiti
sampai buat aku lupa dengan kewujudan kamu
kamu sang setia yang sering ada
untuk mendengar sgala curahan jiwa
maafkan aku blog
:)

Alhamdulillah
aku berada di fasa baru dalam usaha menamatkan degree setahun lagi
insyaAllah
masih gagah berjuang
ye , barangkali gagah tidak melambangkan ketabahan
kerana aku sudah hilang ketabahan
kecekalan juga kekuatan

cerita senarai tampal
masih beku dalan hati
masih kaku dalam fikiran
dan penutupnya ?
senarai tampal sudah ditutup
buat hati dan jiwa aku terus melongo
antara kesal atau kecewa
ah , sudah aku persetankan ia
...

impian dan cita cita
tidak ramai yang mengerti
mengerti perjuangan yang aku perjuangkan
tangga yang aku tatih sejak aku kenal erti belajar
sejak aku ajar otak untuk berfungsi
tidak ada yang mengerti
belum lagi barangkali
...

cerita gelang patah
ah , aku menjadi sang setia pada bumi UTM
siapa sangka
saat semua orang berpusu pusu pulang ke kampung halaman
aku masih tersangkut di bumi ini
bumi UTM yang sering dirindu
ya , dirindu

Alhamdulillah
He know the best
and i think this is the best
Industrial Training
Flextronics yang sudi melamar
setelah aku dicemuh oleh Sharp
ah , biarkan
what u give , u get back

10 hari pertama menjalani latihan industri
belum cukup bagi aku
sangat belum cukup untuk aku bermesra
bergelak ketawa
bercerita
belum cukup untuk semuanya
belum cukup untuk menjadi diri

ah DIRI !
bantulah diri sendiri
siapa lagi mahu membantu kamu !

10 hari pertama
masih aku menyesal
dengan kata kata spontan yang muntah dari bibir
pemikiran yang tidak jelas
dan semuanya

10 hari pertama
cukup buruk bagi aku
tapi bila aku cuba kembali kepada Dia
10 hari pertama ini yang terbaik
sekurang kurangnya

aku belum kene maki
aku belum kene buat kerje yang merepek
aku belum dikerah sepenuh tenaga
aku belum lagi disindir
aku belum lagi dihukum

ye , belum lagi
dan aku harap tidak
insyaAllah

jadi , 10 hari pertama aku
Alhamdulillah ,
terima kasih ya Allah

beri aku sv yang tidak membebankan aku
beri aku rakan rakan sekerja yang berlainan jantina
mungkin aku perlu membina soft skill
beri aku banyak ruang untuk muhasabah diri * sebab xde keje
beri aku kesempatan

terima kasih ya Allah
moga 10 hari kedua nanti
ada sinar buat mentari yang suram ini

Rabbi yassir wala tu'assir
rabbi tammim bilkhair

:)








Wednesday, June 19, 2013

semangat :)

... salam ...

hari ketiga latihan industri
rabbi yassir wala tu'assir
rabbi tamminm bilkhair

ya Allah mudahkanlah jangan engkau susahkan
sempurnakan dengan kebaikan

:)

Wednesday, May 22, 2013

rethink .

... salam ...

kadang kadang rasa semak . ok , mungkin bukan kadang kadang tapi selalu . semak sebab everyone talking about marriage . yes , i am 22 . dan manusia sekeliling ialah umur yang hampir sebaya . dan tiada perkara lain yang menjadi bualan hangat . its all about marriage dan jodoh . bukan cuba menolak fitrah yang ada . cuma diri ini lemas . lemas dalam keterpaksaan melakarkan senyuman . lemas dalam setiap gelak yang harus diterjemahkan . lemas dan rimas .

ada yang kata cinta itu fitrah
kenapa berusaha menidakkan nya

barangkali mereka terlupa
manusia yang ada di dunia ini dibekali dengan fitrah
malah membawa nafsu dan keinginan yang mewarnai kehidupan

persoalan yang timbul
cinta yang awak canang pada dunia itu fitrah yang DIA beri pada semua
atau nafsu dan keinginan yang awak pandu dalam duniawi .

........

please rethink people
xkan nak gadai agama cuma kerana fitrah yang DIA beri pada setiap manusia

fitrah itu bukan alasan untuk langgar batas syariat
tapi fitrah yang ada perlu diurus ke arah kebaikan

tapi nampaknya

........




ikhlas

... salam ...

kadang kadang rasa ada yang terbuku dalam hati
tak mampu dilepaskan 
dan tak mampu juga ditahan selamanya
dan bila cuba mencari punca
masih buntu
masih kaku
membuat setiap helaan terlalu berat
dan padat

ada yang berpesan
bila x ikhlas
semua perkara menjadi beban
ALLAH
:'(

ikhlas itu ibarat semut hitam di batu hitam dalam malam yang kelam
amat susah diperolehi
dan payah pula dijaga

ilmu ikhlas
masih terlalu tinggi melangit untuk digapai
tapi kalau dengan menjadi ikhlas
kita akan mencapai ketenagan jiwa
kenapa xnak cuba 
...

moga dia tabah

... salam ...

alhamdulillah

dalam kesempitan dan kesuntukan waktu
walau perih dalam bayangan

berjalan bersama deraian hujan
terlalu drama 
tapi barangkali dia puas
dengan kesedihan yang dia punya
dan kegagahan kaki untuk mengorak
dan akhirnya
dia berjaya sampai ke destinasi
bersama keringat yang dia hasilkan sendiri
diakhiri dengan
air mata yang membasahi tikar sejadah
antara gembira atau kecewa
tiada lagi dia pedulikan
apa yang dia tahu
jasad itu perlu digerakkan
demi tuntutan duniawi

tapi barangkali dia terlupa
tuntutan duniawi itu
kalau dia pimpin dengan sebenarnya
bakal menjadi saham besar untuk dia di sana

dia mengeluh bukan tanda dia kecewa tapi sekadar menyebarkan cerita
dia menangis bukan tanda dia kalah tapi cuba untuk tidak terus mengalah
dia bermadah bukan untuk pujian secebis dua tapi untuk kepuasan jiwa

banyak lagi perlu dia hamburkan pada alam maya
tapi ternyata
alam ciptaan DIA lebih menarik jiwa
untuk bermonolog sendiri dan sepi

pandang langit dan tersenyumlah
dengan gumpalan awan dan deraian hujan
pandang langit dan tersenyumlah
dengan kelipan bintang dan sang bulan yang setia

senyum
dan terus tersenyum

.........





Tuesday, May 21, 2013

minggu sebelum exam :)

... salam ...

masa , terus berlari
aku tak terdaya lagi

bayangan masa hadapan
cerminan atas  apa yang aku kerjakan masa kini

tapi masa itu
seakan terlalu cemburu dengan diri
terlalu
dan terlalu

deruan angin makin kencang
aku yang sudah berlari laju
mula terumbang di hempas angin yang terlalu kencang

soalnya
apa aku mahu berhenti dan berteduh sebentar
atau terus berlari seiring dengan angin
angin yang terlalu kencang

ALLAH

...................................

kuliah zuhur MSI UTM

ALLAH akan membantu hambanya yang ber TAKWA
tiada jalan lain untuk memasuki jannah nya
kecuali menjadi hamba yang bertakwa

persoalannya 
sejauh mana takwa yang kita punya
dan takwa yang kita pertahankan
sejauh mana yang ada menjadi milik kita ?
sejauh mana .

............................

final exam minggu depan
ya , sila berusaha
:)
bukan demi diri
tapi cuma demi DIA
demi redha DIA
cinta kita yang HAKIKI

:)

Thursday, May 16, 2013

hati

... salam ...

mereka kata cinta itu fitrah manusia
dan jika ianya fitrah
bagaimana mahu menidakkannya

....

hati yang bersih 
susah untuk diperolehi
payah dijaga

....



Tuesday, May 14, 2013

ikhlas

... salam ...

Alhamdulillah
hampir 2 minggu untuk ke final
dan aku tidak pasti sedekat mana persediaan aku
sejauh mana aku dengan kelalaian
itu diri aku sekarang

semakin terbuai dengan dunia
walaupun aku sedar
tapi seolah - olah usaha aku untuk kembali
masih lagi tidak berjaya

masya'Allah
sudah rejab
rejab yang aku rindukan
rejab yang memulakan segalanya
dan kerana aku bosan dengan apa yang berlaku di dunia
aku mula mencari keseronokan buat diri

berbekal kan game2 yang melalaikan
buat aku semakin teruja
teruja dengan dunia sendiri

hingga ada halwa telinga
yang menuntut air mata

buat aku sedar
aku sudah jauh
jauh untuk ikhlas
terlalu banyak merungut
terlalu banyak sekali
hilang sudah segalanya

dan DIA tegur aku semalam
dengan cara yang aku paling lemah
bila soal hati aku terusik

antara pegangan aku sendiri
dengan keadaan yang memaksa
cuma satu pilihan yang rasional aku lakukan
dengan harapan
TUHAN tahu betapa aku terpaksa
betapa aku relakan hati

moga Allah ampunkan dosa aku
dosa kita
dan moga DIA tahu
apa niat aku di jiwa

antara jalan yang luas penuh kesenangan ATAU denai sempit yang punya keberkatan 


aku pilih jalan yang sempit semalam
moga Allah redha



.....................................

Thursday, April 25, 2013

buat pedoman :)

.. salam ..

SURAH IBRAHIM AYAT 40 DAN 41

Ya Tuhanku ! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat ; ya Tuhan kami,perkenankanlah doaku.

Ya Tuhan kami ! Berikanlah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)

amat elok untuk dihafal dan dihayati maknanya

moga bermanfaat !

:)

esok test , doakan saya
dan teman - teman


Wednesday, April 24, 2013

kaku .

... salam .. 

rasa kaku untuk menjengah ke ruangan kecil ini
rasa kaku untuk termenung sepi menghadap papan kekunci
rasa kaku untuk kembali ke dunia maya
berbicara sana dan sini
dan mengutip patah - patah perkataan untuk dibentukkan
kaku


aktiviti cuti semester
memperbaiki dan mempercantikkan tembok rumah
:)

next week balik lagi
next next week exam pulok

doakan saya
TERIMA KASIH
:)

Tuesday, April 9, 2013

:)

... salam ...

dan finally ,
alhamdulillah .

FLEXTRONIK
12 minggu

insyaAllah

p/s : aduh , kemain malas nk ngadap blog =.=''

Tuesday, March 19, 2013

cinta aku

... salam ... 

google masih tegar membantu aku yang hilang semangat
pelbagai keyword aku masukkan
terpampang senarai syarikat yang menwarkan latihan industri buat pelajar seperti aku
dan aku masih yakin
masih ramai yang mencari - cari
dan redha dengan rezeki mereka

tapi lain pula aku
aku masih gagal
bukan kerana terlalu memilih
tapi barangkali belum dipilih
banyak panggilan dibuat
tapi semuanya mengecewakan

" kos awak xsesuai untuk kami "

ayat ini sgt memberi tamparan hebat buat aku
aku yang masih belum memegang ijazah
belum menamatkannya lagi
tapi dihimpiti rasa tiada permintaan untuk kos yang sedang aku laksanakan

marah dan kecewa
itu diri aku kebelakangan ini
dgn rasa malas mahu mengulangkaji
membuat aku terus lalai dan alpa
dalam cubaan menceriakan diri

aku berada di tahun 3
tahun depan tahun terakhir aku sebelum mengenggan ijazah
tapi di tahun 3 ini
aku rasa terbit satu perasaan
"adakah aku di persimpangan yang salah ? berat untuk aku teruskan tapi xmungkin untuk aku berpatah balik "

dunia fizik
dunia ini yang aku benci waktu di zaman sekolah
berapa waktu yang aku habiskan
terlalu haram untuk otak aku menerjemahkan rasa pengertian
aku tetap buta

hingga ke zaman matrikulasi
aku dikecam lagi dengan dunia fizik
bila aku dapat tawaran major fizik
xmungkin bisa aku mengerjakan sesuatu yang aku benci
aku jatuh dalam meneruskan perjuangan dlm dunia fizik
tapi entah macam mana
aku jadi jatuh cinta dgn fizik
semuanya bermula dgn semester 2
semuanya terlalu mudah buat aku
tapi ditemani dgn kerja keras dan usaha
dan akhirnya tawakal
dan alhamdulillah
aku berjaya menamatkan zaman matrikulasi

dan kini
aku di UTM
meneruskan perjuangan bersama dunia fizik
kini aku di tahun 3
sekali lagi fizik memainkan perasaan cinta aku
menguji aku di saat aku hampir menuju ke tahun akhir
semakin banyak aku belajar
semakin banyak persoalan yang muncul
dan terlalu banyak jawapan yang tak muncul

semuanya buat aku fikir
apa yang aku belajar selama ni ?
apa yang aku lupa selama ni ? 
dan yang plg penting , apa yang aku tahu perihal cinta aku , iaitu fizik .

kosong .

semuanya gara - gara permohonan praktikal aku ditolak
hilang semua rasa cinta dan sikap positif
barangkali ini waktunya cinta kami di uji

aku duduk bertenang
sambil tangan ligat membuat nota ringkas
fikiran aku kembali mengeluarkan perintah pada hati
fikirkan
apa yang mahu kau jawab tentang cinta kau ?
impian kau bersama cinta kau ?
apa mahu kau kuburkan
cuma kerana permohonan kau ditolak ?
itu diri kau yang sebenar ?

bodoh . aku si bodoh yang terbodoh . kalau aku cuba berhenti mencintai fizik .
fizik yang buat aku menangis dan gembira lebih dari cinta yang remaja kejarkan .
aku si bodoh yang tak bisa sekali dimaafkan .

dan kini aku mengumpul kembali cebisan cinta yang aku remukkan ,
moga terjadi peluang kedua .
jika islam sering memberi perumpamaan wujudnya DIA sperti angin , 
yg kamu tidak nmpak tapi kamu merasai kewujudannya . 
sama seperti aku . 
aku cintakan fizik sama seperti angin ,
aku belajar perkara yang kamu tidak nampak tapi kamu merasainya
dan sama juga seperti bunyi
yang kamu dengar tapi xbisa kamu jelaskan dari mana ianya hadir

kisah ini buat diri aku
dan yakinlah aku
kisah ini bakal aku sisipkan buat pedoman 
biar aku tidak lupa
cinta aku pada fizik
bukan sesuatu yang perlu aku hapuskan
dan bukan juga benda yang harus aku lupakan

ini impian aku
ini jalan aku
dan ini cita aku

biar mereka x mengerti
asalkan aku tahu
DIA  beri jalan ini untuk aku
cuma diletak duri di jalan aku yang hampir ke penghujung
dan pilihan ada di tangan aku
memilih menangis krn jalan berduri
atau ambil duri dan buangkan

doa kalian diharap
doa sahabat buat sahabat ini
insyaAllah 


















Tuesday, March 12, 2013

soalan yg mencemaskan

... salam ...

Allah berfirman dalam surah AL_HAAQQAH (hari kiamat) ayat 18 :

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada satupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)"

Menurut Sheikh Mahir Ahmad as-Shufi dlm terjemahan buku al-Hisaab wal 'Ard'alallah , 
terdapat 6 persoalan penting yang ditanya Allah .

SOALAN KEIMANAN

SOALAN BERKAITAN AMANAH

SOALAN BERKAITAN MATA , TELINGA DAN HATI

SOALAN BERKAITAN UMUR , ILMU DAN HARTA

SOLAN BERKAITAN NIKMAT ALLAH

SOALAN BERKAITAN JANJI DAN SUMPAH

dipetik dari buku
TERPELANTING DARI SIRATULMUSTAKIM
buku yang diterjemah sah drpd buku asal oleh Suyadi terbitan DIVA Press ,
 Jogjakarta Indonesia


Friday, March 1, 2013

aku dan DIa

... salam ...

kembali pada kehidupan di sini
berteman kan perabut yang kebiruan
membuat aku terfikir
aku harus kembali kepada rutin
rutin mendekatkan diri pada dia
di sini , lebih mudah , lebih usaha
walaupun sebenarnya
ianya tidaklah terlalu mudah 

dan kalau pula di rumah
xdapat banyak aku lakukan
urusan kekeluargaan membuat diri alpa dan leka
leka dgn keseronokan bersama
Allah

adakah aku
mendambakan Dia tatkala aku di bumi UTM sahaja ?

istirfar 

jatuh terduduk

moga dijauhkan
kebergantungan aku pada Dia
cuma bersifat dunia
dunia dan dunia


Thursday, February 21, 2013

ujian :)

... salam ...

hampir seminggu di bumi UTM . walaupun ini ialah minggu kedua kuliah . kuliah bahagian pertama cuma ada 8 minggu . dan minggu kedua sudah habes . tapi pensyarah masih sibuk dengan urusan mereka . membuatkan kami terus leka . leka dengan mood cuti tempoh hari . buktinya , tiada lagi tugasan . mahupun nota yang mahu aku telaah . atau barangkali ini cuma kemalasan aku . kemalasan diri dari mahu keluar dari kelompok jiwa yang tertidur .




hidup . terlalu serasi telinga mendengar . hidup tentang membuat pilihan . juga mendapat pilihan . hati menjadi raja bagi setiap pilihan . tapi sering kali manusia silap . dalam tuli mengikut raja , lupa  pada yang Maha Berkuasa . yang memberi segala ujian dan rahmat .

selagi mana awak bernafas . selagi itu rahmat Dia tak pernah putus awak hirup dan sedut .
melihat nikmat sebagai rahmat . itu biasa . tapi melihat ujian sebagai rahmat , itu luar biasa .

p/s : esok , barangkali udara bp yang menerobos ke rongga .

Angan dan Impian :)

... salam ...

lama sungguh aku melupakan kamu . maafkan aku ,, hidup ini menjadi terlalu indah dan sempit untuk dikongsi bersama . kali ini baru dapat aku bertenang . bertenang dan bertentang mata dengan skrin dan memerah otak . agar longokan kata dapat aku susun dan cantumkan .

impian . impian yang terlalu banyak berada di fikiran . cuma ada satu impian yang aku letakkan dia di ruangan angan-angan . kerana aku fikir tidak mungkin akan terjadi . walhal aku terlalu berharap ianya akan terjadi . tapi kerana aku yakin itu mustahil , tidak pernah sekali aku mohon pada Dia , agar angan itu terlaksana . 

tapi itu semua dusta barangkali . dusta yang menidakkan keinginan hati . kerana Dia terlalu memahami aku . Dia beri aku kesempatan menjadikan angan - angan itu kenyataan . mengukir mimpi - mimpi indah .

dan nikmat Dia yang mana lagi aku dustakan ?


pantai pasir lanun . pantai pertama Reddy menjengah . setiap tatapan lens Reddy , tak lupa aku panjatkan kesyukuran pada Dia dengan nikmat pancaindera yang menatap setiap keindahan yang dia berikan , juga dengan kewujudan Reddy . indah , terlalu indah hingga apa yang Reddy ketik tidak seindah apa yang aku bisa lihat . barangkali juga ia menjadi terlalu indah dek kerana ini angan jiwa aku . deruan ombak yang menjadi halwa telinga , buat aku kerdil . kerdil dalam menjadi hamba Dia . Maha Hebat Dia menjadikan sesuatu .

berjalan bersama deruan ombak dalam keheningan malam. duduk dan merasai butiran pasir . aku pejamkan mata , biarkan deruan angin menjamah indah wajah , dan tubuh dibalut kedinginan malam.perasaan ini yang aku impikan . cuma aku dan karya Dia . 

terima kasih Allah
Alhamdulillah
:)







Monday, February 4, 2013

Dari Lensa si Reddy ;)

... salam ...

hasil kutipan si Reddy
:)




minggu terakhir cuti semester
:)

Monday, January 28, 2013

trip

... salam ...

cuti
its been 2 weeks already
tomorrow the trip will begin
insyaAllah
:)

safe journeys 

Friday, January 11, 2013

hati

... salam ...

aku masih mahu mencoretkan sesuatu . tentang hati . sukar benar rasanya menjaga hati . dan bila kita yang menjaga hati , Allah ! masih ada yang cuba menjentik hati .

hati itu aku cuba kaliskan , biar debu dan kotor terlerai . cuma kadangkala , syaitan itu punya pelbagai cara . dari setiap selekoh yang dia punya dia akan cuba . dan tinggal diri kita . yang istiqomah atau gagal terjatuh .

ada satu hal yang aku gemar bila bersahabat . bila aku dan dia . tidak bicara sekali soal jodoh . soal cinta jauh sekali . jazakillah ya ukhti .

kadang - kadang aku sendiri gentar . bila remaja terlalu enak bicara tentang cinta . Allah . aku jadi malu sendiri . cinta itu hadir bila kamu sudah bersedia . tapi bagaimana kamu bisa bersedia , sedangkan Cinta yang membenarkan kamu bernafas di muka bumi ini belum lagi kamu peroleh . bilang dengan jari umur yang Dia beri pada kamu . selayak apa kamu balas cinta Dia . selayak apa yang kamu beri hingga indah benar kamu bicara tentang cinta lain . malu . malu pada diri kamu dan aku .

dengan hati yang sering berbolak balik . antara laungan azan dan movie yang hampir 3 minit untuk habis . mana satu menjadi pilihan kamu . Tiang Agama yang ibu dan bapa terapkan pada kamu ? atau hiburan dunia yang kamu kutipkan dalan perjalanan umur yang meningkat . mana pilihan kamu ? dan itu yang kamu bilang kamu sudah bersedia . dan di canang pada dunia kamu sanggup menunggu untuk dia mengambil kamu secara sah . Ah , dunia . sedangkan Dia yang sering menunggu kamu bersujud kembali pada Dia tiap waktu , tapi kamu ? tidak sekelumit mahu meraih panggilan Dia .
atau kamu tunggu panggilan Dia yang terakhir ?

zalim . ye , kamu sedang menzalimi diri . dengan menunjukkan pada dunia kebodohan yang kamu punya . kebodohan menjadi hamba cinta yang kamu agungkan .

dan kini , aku sedang menulis dengan jiwa kemarahan . marah pada sekalian mereka yang kehidupan penuh dengan cinta yang mereka anggap bahagia . 
lebih baik aku hentikan , sebelum aku kemarahan ini membuatkan aku mencampakkan kebodohan yang aku punya menjadi tatapan semua .

noktah dunia 

Thursday, January 10, 2013

Advanced Electronic UTM

... salam ...

paper keempat
merangkap paper kedua penutup tirai

2jam 30 minit
exam yang paling tenang dan perlahan sekali aku buat
sebijik sebijik aku tulis
dengan tulisan yg kemas 
dan circuit berwarna warni

5soalan
aku buat 2jam je

5 soalan
semua ni xde pon dalam past year
soalan yang tak pernah aku jumpa

5soalan
aku buat ikut kefahaman aku
kalau Dr. x faham
maksudnya aku sudah terlebih faham
hoho

Tawakal je la
usaha sudah
:) 
insyaAllah
kalau ada rezeki
ada lah jua

next week last paper
:)
ade org uh nhak buat briefing LI
gilo betul.
org nak balik
nak briefing bagai
dulu mse awal2 xnak briefring
borang da hanta dah kot
=.=''

..............................................

Wednesday, January 9, 2013

sendiri

... salam ...

sendiri
5 hari lagi
untuk cuti cuma sebulan
tapi percayalah
sebulan sudah buat aku rindu
untuk berteleku kembali
Allah
:)

5hari
untuk aku sendiri
Alhamdulillah
aku x pernah merasa sepi
kerana aku tahu
Allah itu xpernah meningalkan hambanya
cuma hamba Dia
yang selalu lupa Dia
tapi kembali bila kesusahan melanda
Allah

aku menjadi manusia yang senang
dengan usaha masih merangkak mencari diri
semuanya aku sandarkan pada Dia
walau kadang hampir jatuh tersungkur
tapi mujur
kitab yang menjadi pegangan 
beri keajaiban pada diri
ajaib dan indah
ketenangan yang x dijaja di pasar2
Allah

ikhlas dan sabar
dan akhirnya aku terus tersenyum
tersenyum
kerana Dia nampak aku
lalu aku diuji
Allah

x perlu bicara pada sesiapa
aku khuatir jatuh pula fitnah
lebih teruk pula itu kategori umpatan
x perlu aku bicara
kerana Dia tahu
itu ujian kecil buat aku
Dia mahu titis - titis jernih itu
mengalir cuma pada Dia
pada Dia
bukan pada hambanya yang lain
cuma pada Dia
ALLAH

Oh Allah , terlalu besar nikmat yang Engkau kurniakan .
pada aku , dia dan kami . sedangkan kami masih menzalimi diri . 
Maka dengan itu , berilah kami petunjuk Allah .
Biar kami sering berada dalan kebenaran.
Aamiin

...

p/s : tomorrow got paper :)






Monday, January 7, 2013

Etika Profesional UTM

... salam ...

third paper for semester 5

alhamdulillah
walaupon bace caca marba
ingat sane sikit sini sikit
Alhamdulillah
ade jugak point nak tulih buat essay

get ready for thursday
second last paper 
and 
its Holiday !!
:D

Sunday, January 6, 2013

Financial Accounting UTM

... salam ...

paper kedua semester 5

Alhamdulillah

soalan utama balance
for first trying
terus balance
rase mcm nak melompat jugak kat situ
sambil buat sujud syukur

4 soalan
insyaAllah

jika itu yang terbaik
maka itu lah rezeki yang aku punya
;)

.......

get ready for tomorrow
:)

Wednesday, January 2, 2013

electromagnetism UTM

... salam ...

first paper semester 5
3jam
6soalan

3soalan pertama
insyaAllah
alhamdulillah

3soalam seterusnya
masha'Allah
lailahaillallah

trust me
kalau paper ni aku cemerlang
itu bukan kerja aku
tapi kerja Dia

...

get ready for akaun :)

Tuesday, January 1, 2013

FINAL :)

... salam ...

januari
permulaan untuk pengakhiran semester ini
insyaAllah

selamat menghadapi final exam
semoga ikhlas

...