Thursday, December 20, 2012

ASSIGNMENT 2012

... salam ...

dari 9 menjadi 10 dan kini 11
semuanya harus dikerjakan
dalam waktu satu minggu

ALLAH
indah sungguh ujianmu kali ini
tatkala semester sampai di penghujung
semakin banyak mutiara duniawi Kau beri

aku langkah dengan perlahan
mempersiapkan satu persatu
kadang kala mahu aku menggapai
tangan tangan yang tidak menghulur
gagal !
gagal kerana aku tiada punya nilai

aku tanamkan pada jiwa ku ya Tuhan
aku sisipkan kekuatan 
aku teguhkan keimanan
bertatih sendiri dalam dunia ini
sehingga diri ini tidak lagi seperti dulu
compang dan camping
dan bisa aku terus berlari di jalanan
bagaikan puteri

tetapi Tuhan
tangan tangan dahulu ?
yang tidak mahu menghulur kepada aku
kini mahu menarik narik aku
mahu meminta minta pada ku
mahu tersenyum pada ku
mahu bicara pada aku

tapi aku diburu kehairanan ya Allah
mengapa dulu aku mahu menghulur
mereka tidak mahu menerima
tetapi kenapa sekarang
mereka meminta 

ya Tuhan
adakah dahulu aku jelek
mereka tidak mahu membantu
dan kini aku indah
mereka mahu mendekati

ya Tuhan
adakah dengan keindahan ini juga
aku akan menolak terus
tangan tangan itu
kerana masa yang lalu

ya Tuhan
berat benar rasa ini
terlalu berat kali ini
tidak gagah rasanya
cuma kali ini
berilah aku
kekuatan lagi

...................................................................

1 comment:

nuha said...

semoga Allah redha.
in shaa Allah..
keep fighting!
:)