Monday, December 31, 2012

ending .

... salam ...

ending of the year

have faith everyone 
:)

fighting for final exam
insyaAllah

azam tahun baru
ini kali pertama terdetik di hati
itu azam tahun baru aku
insyaAllah
:)

p/s : study week worse ever.
going back to UTM today
safe journey insyaAllah

Nurul Hamizah ,
semoga dipermudahkan urusan 1st paper today
:)

Sunday, December 23, 2012

done :)

... salam ...

finally
selamat berada di rumah
tempat yang menenangkan jiwa
alhamdulillah

di rumah
tiada lagi manusia yang akan menghimpit di sisi
kerana kepentingan diri mereka
tiada lagi manusia yang harus kau lemparkan senyuman
sedangkan jiwa kau menjerit kebencian
tiada 
dan tiada

final around the corner
keep your sincere
to helping each other
insyaAllah

teruskan teruskan dan teruskan
ikhlas
ikhlas
ikhlas

...

Thursday, December 20, 2012

pray .

... salam ...

ya Tuhan

berilah kekuatan kepada ku

bukakan lah hijab di pemikiranku

agar bisa aku

memahami ilmu ini

.............................................................................................

keep fighting
have faith NAZHIRAH

...

.....




ASSIGNMENT 2012

... salam ...

dari 9 menjadi 10 dan kini 11
semuanya harus dikerjakan
dalam waktu satu minggu

ALLAH
indah sungguh ujianmu kali ini
tatkala semester sampai di penghujung
semakin banyak mutiara duniawi Kau beri

aku langkah dengan perlahan
mempersiapkan satu persatu
kadang kala mahu aku menggapai
tangan tangan yang tidak menghulur
gagal !
gagal kerana aku tiada punya nilai

aku tanamkan pada jiwa ku ya Tuhan
aku sisipkan kekuatan 
aku teguhkan keimanan
bertatih sendiri dalam dunia ini
sehingga diri ini tidak lagi seperti dulu
compang dan camping
dan bisa aku terus berlari di jalanan
bagaikan puteri

tetapi Tuhan
tangan tangan dahulu ?
yang tidak mahu menghulur kepada aku
kini mahu menarik narik aku
mahu meminta minta pada ku
mahu tersenyum pada ku
mahu bicara pada aku

tapi aku diburu kehairanan ya Allah
mengapa dulu aku mahu menghulur
mereka tidak mahu menerima
tetapi kenapa sekarang
mereka meminta 

ya Tuhan
adakah dahulu aku jelek
mereka tidak mahu membantu
dan kini aku indah
mereka mahu mendekati

ya Tuhan
adakah dengan keindahan ini juga
aku akan menolak terus
tangan tangan itu
kerana masa yang lalu

ya Tuhan
berat benar rasa ini
terlalu berat kali ini
tidak gagah rasanya
cuma kali ini
berilah aku
kekuatan lagi

...................................................................

Wednesday, December 19, 2012

nanti :)

... salam ...

banyak yang ade dalam minda . terus meronta mahu dikeluarkan .
bila aku terpacak berhadapan kamu .
hilang semua tujuan aku .

aduh blog .
maafkan aku 

keep fighting !

Monday, December 10, 2012

weak

... salam ...

isnin
:)

kedai yang selalu aku beli sarapan
hari ni tutup
*sigh
kedai ni pengurusan baru
xsecekap pengurusan lama

kelas aku 3jam
sebelom keluar nak tunggu bas
aku xamek sarapan ape pon
just minum air kosong

3jam

jam pertama
tekak aku mula loya
its around 9-10 am

jam kedua
perut aku mula dengan ketidakselesaan

jam ketiga
dah ok sikit
boleh study
boleh tahan

cuma 3jam
lemah betul badan aku sekarang nih
nak2 exam around corner
nak x nak 
aku kene balik jugak study week nih
kalau x , ke laut lah kesihatan aku

3jam je kot
buat aku terfikir
sahabat kita yang berjihad 
3jam x makan ?
trust me , its not a big deal

im weak
and weaker

*sigh sigh sigh

p/s : lama x bercerita keadaan normal :)

Saturday, December 8, 2012

kawan

... salam ...

terlalu mudah
untuk kita mementingkan diri di dunia
ianya terlalu mudah

untuk berkata tidak kepada insan yang sangat memerlukan
terlalu mudah
untuk menerima perkataan tidak bagi orang yang tersangat dalam kesusahan
terlalu perih
hanya Allah menjadi sandaran

Allah
ini tarbiahmu
betapa kecil nya dunia yang Engkau punya
tapi terlalu besar bagi kami
hingga sanggup kami mementingkan keinginan dunia
Allah

aku berharap
ini pengajaran buat aku
aku tahu rasa perasaan ini
dan Ya Tuhan
jangan benarkan aku melupakan rasa ini
kerana aku tidak mahu
insan lain turut merasakannya
biar aku bantu mereka
selagi mana mereka memerlukan aku
dengan izin 
dan kekuasaanmu Tuhan

tersasar sepi

... salam ...

aku masih berharap
hati ini terus ikhlas dan redha
tapi benar
masa itu memang menjadi teman yang setia

beg kecil aku selongkar
tersusun indah kad kad dunia
dan resit - resit yang tersisip rapi
aku ambil dan lemparkan
ke tong sampah comel di sisi aku

jatuh pula sekeping gambar usang
gambar yang terlipat kemas
wajah yang aku xlihat hampir setahun
mungkin 2 tahun
aku sendiri lupa
tapi wajah itu
xpernah lagi aku lupa
tetap bisa aku bayangkan
susuk tubuh dan persis wajahnya
aku mahu merobek
tanda pengakhiran satu kisah
tapi tidak lagi aku mampu
dan gambar itu
aku letak kembali di tempat asalnya
hingga nanti
aku akan lupa kewujudannya kembali

dan ianya membuat aku terkenang
kisah sahabat sahabat dulu
memang benar
tidak mudah melupakan kisah kisah lalu
dan tidak mudah juga
untuk bangkit dari kegagalan lalu

tapi alhamdulillah
aku berjaya
berjaya dari kegagalan yang aku cipta dahulu
berjaya dengan segenap kasih dan cinta
dari Tuhan yang Esa
cuma kadangkala
aku tersasar sepi
rebah untuk berdiri
tapi aku masih lagi teguh
dengan pendirian yang aku tanam dalam diri
tiada lagi cinta untuk aku
selagi cinta Dia aku tidak perolehi

dan kini
aku masih merangkak
mengutip sisa sisa cinta yang aku punya
memperteguh keimanan yang aku punya
yang semakin menipis setiap hari
kerana kesibukan aku pada dunia

ya Tuhan
kami hamba kamu yang lemah
sering saja melupakan kamu
tapi sering dan selalu benar
kami meminta nikmat yang Engkau beri
maka Tuhanku
bantulah aku dan sahabat ku
menjadikan jalan dunia ini indah
untuk ke jannahmu

Allah :')

Sunday, December 2, 2012

aku dan kamu

... salam ...

aku baru perasan
ini december

december
pengakhiran pada sebuah kehidupan
kehidupan yang terlalu banyak memori
memori baru
aku dan kamu

kita banyak belajar
belajar dari kehidupan
menaiki satu persatu anak tangga
terus menerus buang jiwa yang alpa
walau kadang kala ia menjelma

dan sering kali juga
aku lalai menikmati dunia
sedangkan kamu terus dengan asyiknya cinta pada DIA

maaf
aku x semulia yang kau rasakan
aku tidak rasa layak
menerima segala penyebab tentang kamu
tentang kamu dan DIA

aku alpa
aku lalai
aku tidak istiqomah
jiwaku goyah
imanku nipis
redhaku tipis
ikhlasku terhakis

maaf
aku tidak layak
menerima pujian yang kau hamburkan pada aku

pada lautan malan yang aku tinggalkan
walau sekian kali aku berusaha
membuat aku lebih jatuh terpuruk
dengan pujian yang kau beri

maaf
aku tidak layak
menerima pujian yang kau hamburkan pada aku

dengan helaian akhirat yang semakin berkurang aku hadapkan
bersama helaian dunia yang menimbun aku telahkan
membuat aku semakin malu
dengan pujian yang kau beri

maaf
aku tidak layak
menerima pujian yang kau hamburkan pada aku

dengan kecintaan aku melontarkan rasa
bermain dengan kata
membuat engkau bahagia
sedangkan hakikatnya
kata - kata ini terlalu hebat
untuk dibandingkan dengan tingkah dan laku 
aku dengan dunia

maaf
aku tidak layak
menerima pujian yang kau hamburkan pada aku

dengan keadaan kehidupan aku
berhadapan dengan manusia manusia
yang sering kali membuat aku merintih
berperang dengan keikhlasan dalam diri
yang kadangkala membuat aku terjatuh
terduduk tersimpuh

maaf
aku tidak layak
menerima pujian yang kau hamburkan pada aku

aku dan kau
tetap sama
tidak pernah aku rasa aku di atas kamu
bahkan aku merasa kamu di atas aku
kerana aku merasa kamu lebih mulia
dari aku
aku yang cuma pandai berkata
tapi tengelam dengan dunia aku
dunia aku
dunia aku

aku malu
jika kamu terus melihat aku
manusia yang kau pandang tinggi
terletak indah aku di tangga teragung
tidak melebihi DIA
tapi melebihi sahabat yang kita punya
sedang aku cuma hamba DIA
hamba
 hamba yang sering kali berperang dengan jiwa sendiri

tapi aku tanpa kamu
ialah manusia yang tidak pernah bersyukur

sedang aku dengan kamu
menjadi hamba yang bersyukur dengan pemberianNya

...






nilai yang kamu letak .

... salam ...

alhamdulillah 
muharam sudah di pertengahan
apa kita masih di takuk lama ?
atau sudah berhijrah ke dunia baru

muhasabah diri
lama sudah ruang bicara ditinggalkan sepi
berterusan terseksa monolog bersama diri
tanpa sempat aku curahkan pada empunya diri
maafkan aku blog
sekian kali aku melalaikan kamu
maafkan aku

sering kali aku bertanya akan diri
kenapa mengapa dan bagaimana
persoalan yang xkan pernah habis
tiada noktah

nilai persahabatan
apa yang kita tawarkan
adakah kita juga mengharap balasan yang sama 
itu tidak ikhlas
mengharapkan sesuattu dr apa yang kita tawarkan

aku sering kali juga melihat akan diri aku
kenapa menjadi persinggahan mereka sahaja
tatkala susah
bukan senang
kenapa ?
dan untuk kesekian kalinya lagi
aku cube mengikhlas kan diri
tapi tidak semua waktu aku teguh berdiri
itu persahabatan ?
bukan .
itu bukan nilai persahabatan
yang mana akan wujud bila keinginan dunia mahu dipenuhi
yanag mana akan muncul bila susah menggamit diri
tidak . 
aku tidak sebodoh itu
mendambakan persahabatan sebegitu
itu selfish
noktah.

waktu untuk bergembira
aku dikeronyok sepi terbuang layu
waktu tuntutan hidup memerlukan jiwa
aku kau rapikan kembali
tapi xmungkin sama
kerana aku sudah kau keronyok dulu
walau mampu kau rapikan
kesannya tetap ada

itu noktah persahabatan yang kau hulurkan

hidup tentang tawaran
tawaran yang kau terima dari setiap pelosok kehidupan
dan tawaran yang kau berikan pada setiap kehidupan
ayuh teman ,
lihat diri aku dan kamu
di mana aku junjung kamu
dan di mana kamu pijak aku

dan hidup ini masih tentang pilihan
pilihan kamu menghambakan aku
dan pilihan aku untuk terus diperhambakan kamu

nah . ini mungkin agak kasar
tapi ini yang ada terbenam dalam jiwa
dan cantuman perkataan ini yang mengolahkannya

ilmu ikhlas yang aku pelajari
mampu tertanam di topeng muka saja kini
bukan lagi dalam lubuk hati
sesal dan muak
dengan rintihan jiwa kamu
yang mana merintih kepada aku
tapi bertepik gembira pada mereka

mereka sahabat kamu
bukan aku
mereka kesayangan kamu
bukan aku

tapi kenapa
aku yang masih kau cari

persoalan yang tiada penghujungnya
aku noktahkan dalam hidup ini

kamu bukan sahabat yang bisa aku sandarkan akhirat aku
tapi sekadar dunia cuma

noktah