Wednesday, October 31, 2012

hidup

... salam ...

kadang kadang aku sering terfikir
erm , barangkali bukan sering
tapi pernah jua terlintas di fikiran
yang membuatkan aku berfikir

kekuatan apa yang membuat langkah ini terus maju
jiwa mana yang membuat aku mahu terus berusaha
apa dan kenapa

bagaimana lagi harus aku jelaskan
bila ada sahabat yang mahu kekuatan yang aku punya
ah , itu pujian atau pertanyaan ?

jika itu pujian ,
bagaimana harus aku kembalikan semua pujian itu pada yang berhak di atas sana

jika itu pertanyaan ,
jawapan apa harus aku sediakan

sahabat yang berjalan kerana melihat kekuatan aku berlari
dan tersungkur bila aku x mahu lagi berlari tapi berjalan
sahabat yang terus bersemangat
dengan melihat semangat yang aku punya

MASYA'ALLAH

terlalu besar nikmat yang Dia pinjamkan pada aku
hingga aku tersenyum mencari jawapan
dari mana aku perolehi semua ini
dari mana ?

tiada aku temui
kecuali satu

ini pinjamanNya
untuk menguji aku
apa aku terus bongkak gagah berlari
atau tunduk menyembah bumi
mahupun tegak berjalan
ditemani sahabat sahabat lain

pilihan 
masih di tangan aku

ALHAMDULILLAH
dan dengan izinNYA

mampu lagi aku berlari
mewarnai dunia ini
ditemani sahabat berjiwa solehah
:)

...............