Friday, August 10, 2012

~ ramadhan #21 ~

... salam ...

jadual terganggu
ikhlaskan saja
kita membantu
bagi manusia yang memerlukan 
:)


kadang kadang kita memang mengakui konsep tawakal
tapi sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari satu perbuatan bernama kesilapan
kesilapan yang sering kali di dorong oleh satu benda unik bernama perasaan
perasaan bahagia , gembira , sedih dan segala macam yang ada
semua benda unik ini mampu mendorong manusia melakukan kesilapan

oleh kerana diri yang tersangat teruja
teruja hingga terlupa mengucapkan INSYAALLAH
pada sesuaatu perkara yang telah sangat diyakini

tapi kuasa ALLAH sangat besar
terlalu kerdil bila nikmat ditarik
cukup sebentar
buat diri ini muhasabah kembali
terduduk dengan kesilapan diri

dan itu tanda ALLAH sayang
dia memberi sakit
pada hambanya yang hampir telupa
bahawa apa yang dilalui ini
semua dariNya

terima kasih ALLAH
alhamdulillah

p/s : bagai ada telepati rasa sakit kita


p/s :  5 adunan berjaya semalam . alhamdulillah :)

p/s : tiada adunan hari ini

1 comment:

nuha said...

alhamdulillah..
:)