Friday, June 29, 2012

try harder

... salam ...

aku sedang cuba
melawan rasa hati yang tidak gemar pada dia
siapa kata aku tak cuba
aku berusaha sungguh 
tapi aku tak mampu
aku tetap tidak senang pada dia
entah apa yang aku cemburukan pada dia
entah rajuk mana yang aku layankan pada jiwa
tapi hati ini tetap begitu
tidak menyenangi kerenahnya
walau depan dia aku tersenyum mesra
tapi hakikatnya muka kaku yang aku lemparkan pada dia
aku cukup tercabar dengan perangai kalutnya
buat aku lemas walau aku tak pernah pon mahu menegurnya
aku cuba terima dia seadanya
tapi aku tidak mampu
tidak mampu aku tersenyum mesra
tidak mampu aku meletakkan dia sama seperti sahabat lain

hingga saat kini
apa yang dia katakan aku cuba terima seadanya
tapi hati ini terseksa
dengan setiap tutur yang dia bicarakan
dalam diam 
kadang kadang aku terkilan dengan diri ini
aku kejarkan takwa 
aku berusaha ikhlas
tapi soal hati yang resah aku kelam
tenggelam dengan rasa jiwa sendiri
apa mampu aku menjawab soalanNya nt disana
bila ditanya mengapa aku tidak menyukai dia
mengapa aku muak dengan bicara dia
sedang dia juga sama seperti aku
gadis biasa yang sedang mencari diri

jadi aku cuma nekad
duduk diam membisu menjauhi dia
barangkali kami memang tidak sebulu
dari aku bersahabat dengan dia
tapi jiwa aku keluh kesah mempamerkan senyuman
aku cukup benci diri aku yang ini
terpaksa berpura

apa aku insan yang sombong ?
rasa diri hebat tanpa mahu bersahabat dengan ikhlas 
apa aku cukup hebat ?
terus menerus gagal mendidik hati 

aku sedang berusaha tapi hingga kini tidak berjaya
lalu aku harus terus mencuba
dengan lebih gigih lagi 
apa akan berjaya ?

No comments: