Monday, May 14, 2012

senyumlah .

... salam ...

kadang kadang kita rasa semua sempurna
hidup bahagia
tersenyum gembira
manis bicara
semua sempurna dan tiada cacat cela

dan bila waktu sampai diri diuji
rasa diri dikeji
dengan perasaan yang terkecil hati
 rasa hidup ini x sempurna lagi
sesak jiwa dan kaku untuk berdiri

aku ?
aku pernah merasakan hidup itu cukup sempurna
aku pernah rasa seakan mahu tersenyum pada dunia
aku pernah merasakannya
hingga suatu saat bila ujian itu datang menimpa
aku jadi kaku lemah tanpa bicara
aku jadi cengeng meluahkan rasa
aku jadi malu yang Esa
kerana bongkak merasakan hidup ini terlalu sempurna
...

kerana hidup yang bahagia itu bukan sempurna
dan hidup yang penuh ujian bukan derita
sempurna itu ujian Allah untuk diri kita
apa mampu masih menunduk ke bumi walaupun semua yang ada mampu digenggami kita
dan derita masih tanda Allah melihat kita
apa masih teguh berdiri bila ujian itu menimpa bagai tiada rasa

cabaran terbesar dalam kehidupan ini yang payah untuk diterima jiwa
bukan bahagia bila berjaya
tapi untuk bangkit bila gagal dan tersenyum melihat sahabat kita berjaya
IKHLAS kan diri kita
kerana itu saja pensyaratannya

p/s : hati yang terkecil jangan dilayan kerenahnya ;)


NAZHIRAH MAZLAN 14 MEI 2012
(8.24 PM)






No comments: