Tuesday, May 22, 2012

.. sahabat ,,

... salam ...

dia rasa terlalu lama mecari dunia
bertungkus lumus untuk masa depan yang dia sendiri x dapat bayangkan
dia cemburu melihat hamba hamba yang menyerah diri pada-Nya
dia terseksa dengan luahan jiwa yang x dapat disampaikan
dia kaku terduduk melihat segalanya
dia mengah menjadi hamba tido
dia penat dengan dirinya
hanya berusaha untuk diri sendiri
tiada satu pun sumbangannya untuk ISLAM
tiada sekelumit dalam hatinya untuk berdakwah pada teman yang tidak seagamanya
cuma doa yang dia panjatkan bila tidak terleka
dia mahu berubah
berkat bulan rejab yang membuatkan hatinya menjadi sayu
dia tak mahu lagi terlalu mengejar dunia
dia tak mahu lagi memutarbelitkan waktu tidurnya
dia tak mahu lagi membuat ibubapanya menggeleng melihat kerakusannya menjadi hamba tido
walaupun berbalas senyuman dengan keputusan periksa yang cemerlang
tapi dia sedar bukan itu yang menjanjikan apa yang dia janjikan padaNya dahulu
sebelum dia melihat dunia

dia mahu berubah
dengan keberkatan bulan rejab
dia mahu perbaiki dirinya
bermula dari dalam
dengan semangat yang sentiasa ada untuk disalurkan pada sahabat
semoga ini bukan rejab yang terakhir untuk dia

.. terima kasih ..
terima kasih untuk apa dari seorang sahabat 
sentiasa ada dekat di jiwanya
menegur bila dia salah
menghulur bila dia perlu
dan ketuk bila dia leka

ketuk hati dia lebih bermakna dari ketuk kepala
sakitnya kelam tapi berbisa dan mendalam

bukan dia bergantung pada sahabatnya
kerana harapannya digantungkan hanya pada yang Esa
cuma sahabat itu perantaranya
untuk lebih dia istiqamah bersamaNya

insyaAllah
semoga rejab memberi dia keberkatan yang dia mahukan
insyaAllah
ALLAHUAKBAR.


1 comment:

nuha said...

insyaallah..:')