Tuesday, April 24, 2012

sekejap sahaja

... salam ...


aku berteleku di hadapan coretan kaabah berwarna merah
mengerah fikiran mengingati bait bait kalam yang aku hafalkan
tapi gagal
gagal aku mengingatinya
meskipun selalu aku lancarkan di waktu waktu senggang
aku cuba sekali lagi
berusaha memejamkan mata
dan ianya kembali
ayat seribu dinar yang dititipkan Abuya untuk kehidupan seharianku
kembali dipinjamkan Allah pada ingatanku.
Alhamdulillah 

ini membuat aku berasa kerdil
betapa aku cuma manusia kerdil yang lumpuh
terbejat akal kaku kehidupan
betapa aku terlalu lemah
tanpa pemberian dariNya

itu baru dia ambil sedikit nikmat yang Dia beri
aku sudah gelabah hingga hujung dunia
belum lagi Dia menarik semua yang aku miliki
belum lagi Dia mahu mengambil semua nikmatNya
kalau sudah diambilNya , sudah kaku tak bermaya aku di bumi ini

harus dan wajib aku bersyukur
menghargai
dan mengutip kepingan kepingan pahala
menjadi saham di sana

p/s : aku rasa nak raye ! haha .. 




No comments: