Wednesday, April 25, 2012

... salam ..



Ya Allah , Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahmu,hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati hati ini akan jalanNya.Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati hati ini sebagai para shuhada dalam perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong. 
Ya Allah , perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad , keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Amin.

No comments: