Monday, April 2, 2012

besties ! :)

... salam ...

dia cerita pada saya . 
tentang KAMI yang sudah pergi . 
kerana rasa hati , salah seorang telah pergi . 
dan kini KAMI tinggal 3 .

saya selalu mengingatkan dia .
betapa dia masih beruntung .
masih punya seorang sahabat .
yang dekat dan hebat .

tapi dia meneruskan cerita .
sahabat yang dekat dan hebat itu .
yang telah pergi .
pergi . pergi . jauh dari hati KAMI .
walaupun jasadnya dekat .
tapi realitinya jauh .

saya terdiam seribu bahasa .
terkedu . mendengar pengakuan dari dia .
dan fikiran saya ligat mahu memberi alasan .
tapi gagal .
saya cuma mampu berkata
"baiklah , saya terkedu sebentar"

dia meneruskan bicara .
tentang bagaimana harus dia jalani semua ini .
bagaimana harus dia lupakan saat saat manis yang x mungkin terulang .
dan yang paling penting tentang apa yang harus dia lakukan .
kerana dia masih sayang pada KAMI .

saya cuba memberi semangat .
memujuknya meruntuhkan ego .
kembali memujuk seorang sahabat yang hatinya menjauh pergi .
walaupun saya sedar .
hal yang mahu dilakukan x semudah diperkatakan .

dan dia meneruskan kata .
itu yang selama ini dia cuba lakukan .
dia cuba katakan .
tapi semuanya sama .

kata orang .
air yang menitis ke batu , lama kelamaan akan membuat batu lekuk .
kerak nasi  pula jika direndam , akan lembut jua .
tapi itu semua x sama seperti hati manusia .
hati manusia yang masih berdenyut itu , 
kalau sudah menjauh ....
kalau sudah terasa ....
semuanya tak kan kembali normal .
kecuali dia meletakkan ALLAH sebagai yang utama lebih dari perasaan dirinya .

saya cuba berusaha bantu dia ikhlas .
walaupun saya sendiri payah untuk terus ikhlas .
saya pujuk dia bersabar .
bersama hakikat yang sabar saya hampir musnah .
saya mahu dia bersemangat .
tapi semangat saya hampir punah .
saya mahu dia bangkit .
walaupun saya akan jatuh tersungkur .

tapi saya yakin satu perkara
saya mampu bantu dia dengan menjadi kuat
menjadi kembali gadis yang x lelah dengan semua cubaan .
walau harus terpasung sendirian .
wajib terperosok rebah di penjuru dunia .
kalau saya masih mampu gagah berdiri .
dia juga pasti akan kuat semula .
kuat kerana melihat saya kuat .

p/s : memang benar ilmu ikhlas itu sukar di dapati . aku lagi sedang berusaha menggapainya , tapi sering kali saja hati yang lalai mula mengikisnya . istiqomah ya si gadis manis . 



2 comments:

CIK MAY said...

ni madah pujangga ke?

Nazhirah Mazlan said...

bukan . ini cerita . :)