Sunday, April 29, 2012

... salam ...

semalam bukan cinta 
tapi cuma bahagia
semalam bukan cinta
tapi cuma rindu
semalam bukan apa apa
cuma rasa yang biasa ada
noktah

itu cuma perasaan bahagia
menatap wajah yang menemani kita
itu sahaja
:)

p/s : akan ke gunung PANTI hari ini ...
doakan kami selamat sampai jua pulang
cabarannya bukan untuk ke puncak
tapi untuk  kembali ke UTM dgan jayanya
:)

andai itu penghujungnya 
ampunkan khilaf aku
;)

Wednesday, April 25, 2012

... salam ..



Ya Allah , Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahmu,hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati hati ini akan jalanNya.Penuhkanlah piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati hati ini sebagai para shuhada dalam perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong. 
Ya Allah , perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad , keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Amin.

Tuesday, April 24, 2012

grammar

... salam ..


bergerak malas ke kelas BI
ku seret kaki jua bersama hati yang wajib diikhlaskan
betul , aku manusia malas untuk ke kelas BI

dan hari ini 
sama seperti hari sebelumnya
tetap aku malas mengheret kaki ke kelas BI
dan hari ini aku hadir tepat pada waktunya
sebelum puan lecterer sampai

dan hari ini 
sama seperti hari sebelumnya
kami diberi latihan grammar
berusaha mengerah otak 
mengingat kembali peraturan peraturan bahsa dunia ini
sesekali tertawa
dan sesekali mengeluh
tapi tetap harus berusaha

dan hari ini
sewaktu asyik belajar grammar
entah macam mana
puan lecterer menceritakan pengalaman nya
kehilangan seorang teman
sabtu yang lalu
puan lecterer menceritakan dengan sepenuh jiwa
saat saat dia dapat melawat arwah buat kali yang terakhirnya
digenggam tangan arwah membisikkan kata semangat
dipujuk arwah agar cepat sembuh supaya dapat lagi lunch bersama
dikucup dahi arwah tanda kasih seorang sahabat

entah waktu bila
hati yang tampak keras ini terusik
entah waktu bila
perlahan empangan air ini pecah
betapa terharu dengan kasihnya sang sahabat
tetap di sisi tersenyum manis
terus memberi harapan
walaupun cahaya sudah tidak muncul lagi

al fatihah buat arwah .
semoga ditempatkan di kalagan orang orang yang beriman InsyaAllah .
Arwah meninggalkan suami dan 3 anak .
penyambung amanat nya di bumi Allah .
semoga anak anak nya menjadi anak yang soleh dan solehah .
membahagiakan sang ibu di sana .
InsyaAllah .
Al-fatihah .

sekejap sahaja

... salam ...


aku berteleku di hadapan coretan kaabah berwarna merah
mengerah fikiran mengingati bait bait kalam yang aku hafalkan
tapi gagal
gagal aku mengingatinya
meskipun selalu aku lancarkan di waktu waktu senggang
aku cuba sekali lagi
berusaha memejamkan mata
dan ianya kembali
ayat seribu dinar yang dititipkan Abuya untuk kehidupan seharianku
kembali dipinjamkan Allah pada ingatanku.
Alhamdulillah 

ini membuat aku berasa kerdil
betapa aku cuma manusia kerdil yang lumpuh
terbejat akal kaku kehidupan
betapa aku terlalu lemah
tanpa pemberian dariNya

itu baru dia ambil sedikit nikmat yang Dia beri
aku sudah gelabah hingga hujung dunia
belum lagi Dia menarik semua yang aku miliki
belum lagi Dia mahu mengambil semua nikmatNya
kalau sudah diambilNya , sudah kaku tak bermaya aku di bumi ini

harus dan wajib aku bersyukur
menghargai
dan mengutip kepingan kepingan pahala
menjadi saham di sana

p/s : aku rasa nak raye ! haha .. 




Saturday, April 21, 2012

6 minggu lagi .

... salam ...

ini aku 
berusaha mengejar dunia
demi melengkapkan kepingan kepingan kejayaan yang aku mahu coretkan
walau terkadang aku sendiri merasa lelah
betapa harus aku bersungguh untuk keduniaan yang tercipta ini
hingga terkadang aku sendiri lalai pada Nya
terlalu gesa aku menghadap Nya
terlalu lewat aku berbicara bersama Nya
sering saja alpa mengingati Nya
hmm ........

6 minggu lagi
harus aku berteleku menelaah
memendekkan waktu waktu aku ketawa
memperlahankan semua gerakan yang tiada bertujuan
berusaha memujuk hati agar tidak lagi berkarenah 

duhai sahabat yang kejauhan 
6 minggu lagi jua buat diri mu
dan berteguh hatilah kamu
dengan anasir anasir yang harus kau hadapi 
jua segala macam perkara yang membuat kau tabah
yang terpenting mempelajari sebuah keikhlasan
agar kau senantiasa redha dengan ketentuan Nya

p/s : i should cut all the thing that make me unfocus ! 


Wednesday, April 18, 2012

rindu .

... salam ...


semalam .
aku mendapat panggilan
dari seorang teman lama
yang terlalu lama :)

ah rindu .

berbual dan bertukar khabar
gelak ketawa
ya , dia sgt merindui gelak tawa aku :)

sahabat lama
buat aku kembali menerobos ke kenangan lama
kenangan yang menjadikan aku di tanah yang aku pijak kini
kenangan yang sgt dirindui :)

berbual dengan dia
buat aku teringat mereka
mereka yang selalu bersama
melihat langit dan bintang
dan bersantai di ' bukit kita '

ini semua kenangan
tersemat kemas dalam jiwa 

aku mencintai kamu kerana Allah kak bell .

dan aku punya seorang sahabat
yang sepinya lagi kelam dari aku
sahabat yang selalu ada disisi
yang menangis melihat aku teresak
tertawa melihat aku tersenyum
sentiasa dan senantiasa ada

ah nun,
aku benci mengatakan ..
tapi aku cukup rindu kan kau .

Tuesday, April 17, 2012

fight .

... salam ...

sentak . tersentak .
sentap . tersentap .
perasaan yang mungkin x kan asing lagi bagi diri aku
hingga hari ini
aku sendiri penat dengan perasaan 

untuk apa lagi harus aku berjauh hati 
untuk apa lagi rasa yang harus ditatangkan 
untuk apa lagi fikiran  jenuh memikirkan segala macam rasa yang perlu ada
untuk apa lagi semua rasa itu

cukuplah
aku harus belajar ikhlas semula
buat apa lagi memikirkan manusia lain
untuk apa lagi memikirkan apa yang mereka suka
untuk apa lagi terus menerus sebegitu
biarlah aku lakukan apa yang aku mahu
juga Allah mahukan :)


Monday, April 16, 2012

ready to go !

... salam ...


aku cuma terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini . sebelum aku mahu memecut bersama apa yang telah aku tinggalkan . ya , cuti semester sudah berakhir , waktu aku tidak proaktif harus berakhir juga .

nota ini untuk awak . yang sering berada di fikiran walaupun gerangannya entah ke mana . awak yang ada tapi hakikatnya memang tiada .

kadang kadang saya selalu terfikir , betapa sepi itu menjadi peneman hidup yang indah . betapa sepi itu sendiri punya jiwa kebesaran yang x semua manusia akan nampak . sama seperti lagu , ada manusia yang mampu mendendangkan , tapi tak semua mampu menghayatinya apatah lagi menusuk di kalbu .

tapi , hidup ini terlalu indah untuk dibazirkan . hidup ini terlalu manis untuk saya mengenangkan apa yang pahit . dunia dunia dan dunia . apa yang terbentang di mata hanya dunia . apa yang tercatat oleh tangan ialah dunia . di mana kaki melangkah juga dunia . semua di sekeliling ini dunia .tapi dalam dunia ini ada terbentang akhirat yang luas . dan sekali lagi kita sebagai manusia hanya segelintir yang memahaminya .

jujur saya sendiri penat . melihat manusia - manusia yang taksub dengan cinta . terlalu takut berteman sepi . kiri kanan , memang x mampu saya lari dari mendengar bicara sebegitu . walau selalu telinga saya cuba tulikan , tp kdg kala menerobos juga masuk ke ruang hati . saya juga manusia sama seperti mereka , cuma tahap kesedaran yang membezakan saya dan mereka . saya juga seperti mereka dahulu , bodoh . tapi sekarang tidak lagi . kerana kebodohan itu saya tinggalkan dengan melihat sinar yang baru . sinar yang selalu ada dan tak  pernah meninggalkan saya . dan hingga kini saya masih meyesalkan betapa bodoh saya dahulu . sama seperti mereka .

saya sering kali menetapkan dalan hati . apa yang perlu saya lakukan . apa yang perlu saya coretkan . apa yang harus saya lakarkan . dan apa yang wajib saya teruskan . walaupun kdg kala kata itu dalam tawa , tp cuma saya yang tahu betapa semua itu beharga untuk saya teruskan . perjuangan yang belum sampai ke penyudahnya . mereka melihat saya tapi mereka tak mungkin memahami saya . sama jua seperti saya yang melihat mereka , tapi tak mungkin jua saya mampu menyelami hati mereka . mereka punya jalan mereka tersendiri . cuma satu hari nanti mereka akan sedar . sedar bahawa dalam dunia yang mereka cipta itu tidak punya apa apa yang berharga seperti permata melainkan taburan kaca semata .






Sunday, April 15, 2012

makan sekali lagi :D

... salam ...

MAJLIS MAKAN MALAM MANTAN JKM
01 APRIL 2012
RESTORAN LC KATERING JB




seriously , tomyam ni mmg power gile la
terangkat !
sumpah sedap ..
:D


siakap sweet sour


kacang panjang goreng


siakap stim


telur dadar


meja penuh
:)
makan besar


mine :)

after dinner 






haha .. obvious gile semua gambar makanan kan .. hix3 .. sbab diner sebelum nih lupe nak amek gambar makanan .. haha.. gamba sendiri dah xde .. :D

Monday, April 9, 2012

GIANT'12 UTM

... salam ...

GLINT INTELECTUAL APPRECIATION NIGHT
GOOD HOPE HOTEL JB
24 MARCH 2012
THEME : FIRE VS ICE



before majlis
waiting the bus
(xde bajet nak pegi sendiri)




meet her, diba :)
diba ice , saya fire
:D


hall
sebab naik bas
so awal :)



table

...

mahani with hawa


aisha with diba


shuhada with maryam
:)


hawa again but with mira
:)


fauziah n mahani
:D

after dinner


again


with mr. presiden


mira and saya


roomie :)



haha .. 
seriously suke gile gambar ini
:D




lastly , gitar pinjam mr. presiden
:)

p/s : menjadi diri sendiri di ribuan org lain yang jua menjadi diri sendiri adalah amat payah sekali ;)

nota kaki :
saya terlupa nak amek gamba makanan ..
hux3..






Bloglist Blog Rilek-Rilek April 2012 !

... salam ...

cuti midsem adalah untuk relax disamping study sikit2 okayh ..
:D

jom rilekrilek dengan blog rilekrilek



click banner to visit
:)




Saturday, April 7, 2012

danga :)


... salam ...



cuti dah bermula
masa untuk cerita kisah yang tertangguh
:D

ini di danga mase waktu awal semester
:)

ok bye

p/s : baru nak edit gamba .. catch u later ..

Wednesday, April 4, 2012

sahabat .

... salam ...




untuk membuat satu ikatan bernama persahabatan 
ia mengambil semua rasa yang ada di dunia
kerana untuk menyatukan hati menjadi satu itu amat payah 

kita mungkin ketawa hari ini
tapi sebenarnya kita menangis semalam
kita juga sangat ceria menanti esok
tapi hakikatnya kelmarin kita lesu tak bermaya

semalan hari ini dan esok
bukan aku kau dan kita yang tahu
kita cuma melalui nya bersama :)

sahabat . terima kasih . masih bersama .

p/s : i heart we .


Monday, April 2, 2012

besties ! :)

... salam ...

dia cerita pada saya . 
tentang KAMI yang sudah pergi . 
kerana rasa hati , salah seorang telah pergi . 
dan kini KAMI tinggal 3 .

saya selalu mengingatkan dia .
betapa dia masih beruntung .
masih punya seorang sahabat .
yang dekat dan hebat .

tapi dia meneruskan cerita .
sahabat yang dekat dan hebat itu .
yang telah pergi .
pergi . pergi . jauh dari hati KAMI .
walaupun jasadnya dekat .
tapi realitinya jauh .

saya terdiam seribu bahasa .
terkedu . mendengar pengakuan dari dia .
dan fikiran saya ligat mahu memberi alasan .
tapi gagal .
saya cuma mampu berkata
"baiklah , saya terkedu sebentar"

dia meneruskan bicara .
tentang bagaimana harus dia jalani semua ini .
bagaimana harus dia lupakan saat saat manis yang x mungkin terulang .
dan yang paling penting tentang apa yang harus dia lakukan .
kerana dia masih sayang pada KAMI .

saya cuba memberi semangat .
memujuknya meruntuhkan ego .
kembali memujuk seorang sahabat yang hatinya menjauh pergi .
walaupun saya sedar .
hal yang mahu dilakukan x semudah diperkatakan .

dan dia meneruskan kata .
itu yang selama ini dia cuba lakukan .
dia cuba katakan .
tapi semuanya sama .

kata orang .
air yang menitis ke batu , lama kelamaan akan membuat batu lekuk .
kerak nasi  pula jika direndam , akan lembut jua .
tapi itu semua x sama seperti hati manusia .
hati manusia yang masih berdenyut itu , 
kalau sudah menjauh ....
kalau sudah terasa ....
semuanya tak kan kembali normal .
kecuali dia meletakkan ALLAH sebagai yang utama lebih dari perasaan dirinya .

saya cuba berusaha bantu dia ikhlas .
walaupun saya sendiri payah untuk terus ikhlas .
saya pujuk dia bersabar .
bersama hakikat yang sabar saya hampir musnah .
saya mahu dia bersemangat .
tapi semangat saya hampir punah .
saya mahu dia bangkit .
walaupun saya akan jatuh tersungkur .

tapi saya yakin satu perkara
saya mampu bantu dia dengan menjadi kuat
menjadi kembali gadis yang x lelah dengan semua cubaan .
walau harus terpasung sendirian .
wajib terperosok rebah di penjuru dunia .
kalau saya masih mampu gagah berdiri .
dia juga pasti akan kuat semula .
kuat kerana melihat saya kuat .

p/s : memang benar ilmu ikhlas itu sukar di dapati . aku lagi sedang berusaha menggapainya , tapi sering kali saja hati yang lalai mula mengikisnya . istiqomah ya si gadis manis . 



... salam ...

orang kata bahasa itu jiwa bangsa .
tapi pada aku cukup lah bahasa itu dapat menyampaikan apa yang ada di hati
noktah.

kadang kadang manusia ini degil bukan
masih meneruskan tabiat lama
walaupun sudah terima padah yang dahulu
perlu sering kali di ingatkan ?
perlu seringkali bertelagah kerana perkara yang sama ?
perlu rasa iri ?
perlu semua yang membusuk kan jiwa ?
perlu ? perlu ?

aku ?
sudah kerap kali melepaskan lelah
melihat manusia yang tetap sama
menuding jari pada yang harus dipersalah
berkata kata pada yang harus diperkata
tanpa mahu melihat cacat dan jeleknya diri

sudah .
memang harus aku rasa mahu menyudahi segalanya
untuk apa aku teruskan bila jiwa seringkali menjerit kemarahan
untuk apa aku terus ketawa bila hati selalu rasa perihnya jiwa
untuk apa lagi aku terus ceria tapi sakit ini tetap menghiris pedih
untuk apa lagi semua ini
soalan yang sama tapi x berkesudahan jua

ikhlas .
aku cuba ikhlas
aku cuba lagi tersenyum
tapi aku x lupa yang aku cuma manusia biasa
aku bukan robot
robot yang x memahami jiwa manusia
robot yang x sedar kesilapan diri
robot yang x megenal keindahan alam
robot yang bertuan tapi x punya Tuhan

ya benar
aku bukan robot
aku cuma gadis biasa
yang mampu lagi tersenyum hingga ke hari ini

p/s : i will never give up my life just because of people that do not know me .

april guys .

... salam ...

did march gone ?

yes , march had leaving me going through with April.

then dear April ,
can u be nice to me ?

yup . just nice .