Thursday, February 23, 2012

RETAK TEMBOK SYAITAN

... salam ...

Alpa . alpa pada agama hanya kerana asyik menuntut ilmu dunia . asyik pada megahnya hati keputusan peperiksaan yang bagus . sanggup mengetepikan segala rasa untuk cuma fokus pada pelajaran . bukan aku sangkal itu niat yang tidak bepekerti jauh sekali itu perbuatan hina . itu yang terbaik bagi seorang student . itu yang harus menjadi keutamaan bagii setiap diri bergelar pelajar . harus dan wajib mengetepikan segala macam perkara yang bakal menganggu . ye , itu yang aku terapkan pada jiwa . itu yang aku tanamkan dalam tekad hati . berikan lah aku cabaran , tapi impian yang satu itu tetap menjadi keutamaan .

Bukan aku pandai berkata . menghambur semua rasa . Cuma aku masih merasai saat2 cemas menunggu result sambung study ke IPT . betapa besar harapan ibu bapa . besar lagi harapan aku . dengan result yang x menyakinkan sewaktu di matrikulasi . tipis aku fikirkan untuk menyambung impian . Cuma doa yang aku panjatkan pada ILLAHI . agar mampu aku meneruskan perjuangan . :)

jadi aku mengerti kalau kalau aku sendiri terlepas pandang dengan keadaan sekeliling . hati hati yang menuntut rasa untuk dikasihani . menuntut rasa untuk di sayangi . aku buta menilai sekeliling kerana asyik pada mentari yang aku harapkan . mana mungkin mampu aku menangani segala macam hal dan memberi fokus yang perlu pada apa yang perlu . yang aku tahu , impian ini aku kenali sebelum mereka kenali aku . impian ini menghidupkan aku sebelum aku rasa hidup bersama mereka . impian ini aku kejarkan sebelum mereka dan aku saling mengejar . jadi diam seribu bahasa . aku bersama dengan dunia aku . dan mereka dengan dunia mereka .

hingga aku menerima teguran dari yang Esa . di mana nikmat yang dibekalkan diambil kembali sedikit . jadi kembali terduduk aku muhasabah diri . setelah hampir lama aku meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang . jadi aku terfikir . fikir segala macam hal . yang berat lagi meringankan jiwa . dan aku terlihat paparan putih yang aku tampalkan di depan meja . penuh makna . beerti . cuma sayang baru disedari .

TAKWA DAN TAWAKAL 

p/s : dia letakkan Nya mendahului perasaan diri nya sendiri .
 dan dia baru tersedar . 
alhamdulillah . 
sungguh jiwa ini masih hidup kerana dia .
terima kasih ari . :)









SAYA CINTA AWAK 

1 comment:

nuha said...

mngkin sy t'tnggl sesuatu di sini utk awk kongsi..??:o