Friday, February 10, 2012

esok .

... salam ...

esok ,
fajar tetap menjengah sama seperti biasa
matahari tetap tersenyum sama seperti semalam
angin tetap menari seiring kalian
kadang kadang hujan menyapa mencuit kerinduan

esok,
langit masih tesergam indah untuk ditatap
bintang masih boleh berkelip setia menemani
semua masih sama seperti semalam

esok,
rata rata aku lihat
sering mahu esok lebih baik dari hari semalam
esok lebih ceria dari hari semalam
esok lebih bahagia dari semalam
dan esok juga esok dan esok

esok,
membuat aku mengesot dari dunia terpuruk di penjuru kecil
aku juga sering mendambakan hari esok lebih baik dari semalam dam sebelumnya
aku juga mahu mentari aku untuk esok lebih cerah dari apa yang aku miliki
dengan aku terus mengharap dengan kecerahan esok
apa mungkin aku jadi lupa indahnya hari ini ?
dengan aku mahu menjadi bahagia hari esok
apa mampu aku teruskan hari ini dengan ceria ?

esok,
aku cuma mengerti
esok itu ketentuan ALLAH
esok itu hasil usaha aku pada hari ini
jadi untuk apa aku terus mengharap hari esok ceria
kalau hari ini aku malas berusaha

esok,
biarkannya menjadi seperti yang di aturkan
dan hari ini aku terus jalani .



No comments: