Saturday, February 25, 2012

5 hari :)

... salam ...

alhamdulillah . pejam celik . pejam celik . dah 5 hari kuliah berjalan . alhamdulillah habis 1 minggu .. tngal 6 minggu kuliah bahagian pertama sebelum cuti semester 1 minggu ;)
so far , everything was fine :)
semua smooth je ..
walaupun tadi hampir2 telepas kelas sbab tesalah tngok jadual .. ingat kan kelas pukul 4 tapi upenye pukul 3 . 2.43 baru tertengok jadual :) .. 2 minit je siap .. terus tnggu bas 2.45 . nasib sempat . fuh ~.~''

seronok kembali ke sini :)
seronok dapat kembali untuk meneruskan semangat berjuang :)
dan paling seronok dapat memerah otak semula :)

seriously seronok , 
buktinya ASSIGNMENT 1 MATHEMATICAL PHYSICS done 
:D

jadi , esok dan esok ialah hari minggu :)
hari minggu
mari study dan marathon movie sekali
hee
:P

p/s : gile cool kot libry baru UniMAP . x mcam kat UTM . 
syabas UniMAP !

Thursday, February 23, 2012

RETAK TEMBOK SYAITAN

... salam ...

Alpa . alpa pada agama hanya kerana asyik menuntut ilmu dunia . asyik pada megahnya hati keputusan peperiksaan yang bagus . sanggup mengetepikan segala rasa untuk cuma fokus pada pelajaran . bukan aku sangkal itu niat yang tidak bepekerti jauh sekali itu perbuatan hina . itu yang terbaik bagi seorang student . itu yang harus menjadi keutamaan bagii setiap diri bergelar pelajar . harus dan wajib mengetepikan segala macam perkara yang bakal menganggu . ye , itu yang aku terapkan pada jiwa . itu yang aku tanamkan dalam tekad hati . berikan lah aku cabaran , tapi impian yang satu itu tetap menjadi keutamaan .

Bukan aku pandai berkata . menghambur semua rasa . Cuma aku masih merasai saat2 cemas menunggu result sambung study ke IPT . betapa besar harapan ibu bapa . besar lagi harapan aku . dengan result yang x menyakinkan sewaktu di matrikulasi . tipis aku fikirkan untuk menyambung impian . Cuma doa yang aku panjatkan pada ILLAHI . agar mampu aku meneruskan perjuangan . :)

jadi aku mengerti kalau kalau aku sendiri terlepas pandang dengan keadaan sekeliling . hati hati yang menuntut rasa untuk dikasihani . menuntut rasa untuk di sayangi . aku buta menilai sekeliling kerana asyik pada mentari yang aku harapkan . mana mungkin mampu aku menangani segala macam hal dan memberi fokus yang perlu pada apa yang perlu . yang aku tahu , impian ini aku kenali sebelum mereka kenali aku . impian ini menghidupkan aku sebelum aku rasa hidup bersama mereka . impian ini aku kejarkan sebelum mereka dan aku saling mengejar . jadi diam seribu bahasa . aku bersama dengan dunia aku . dan mereka dengan dunia mereka .

hingga aku menerima teguran dari yang Esa . di mana nikmat yang dibekalkan diambil kembali sedikit . jadi kembali terduduk aku muhasabah diri . setelah hampir lama aku meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang . jadi aku terfikir . fikir segala macam hal . yang berat lagi meringankan jiwa . dan aku terlihat paparan putih yang aku tampalkan di depan meja . penuh makna . beerti . cuma sayang baru disedari .

TAKWA DAN TAWAKAL 

p/s : dia letakkan Nya mendahului perasaan diri nya sendiri .
 dan dia baru tersedar . 
alhamdulillah . 
sungguh jiwa ini masih hidup kerana dia .
terima kasih ari . :)









SAYA CINTA AWAK 

Wednesday, February 22, 2012

nikmat !

... salam ...

cuti smester sebulan . cuti yang sgt lama yang buat aku terlena dalam jaga . lena dengan keasyikan dunia . alpa lalai dan malas pada indahnya di 'sana' .hinggalah suatu hari , aku terasa hilang nikmatnya . secara perlahan DIA mengambil kembali apa yang menjadi hakNya . hingga membuat aku harus bergantung hidup pada teknologi dunia . si comel yang harus aku letakkan pada mata saat aku harus mengadap skrin dan segala yang bercahaya . setiap kali aku melihat si comel , setiap itula hati aku tersentak . betapa DIA terlalu berkuasa atas segala yang ada pada aku . 

lalu aku kembali ke masa lampau . cuba untuk sedaya upaya mengerah keringat . tentang apa yang terjadi . apa yang aku habiskan . apa yang aku usahakan . mana hasilnya . apa rugi aku . mana silap aku . sampai bila aku berasa berada di pihak yang benar . sampai tahap mana aku mampu sabar . atau sebenarnya sabar yang aku rasakan ialah pasrah ? pasrah beerti menyerah . menyerah beerti aku tidak lagi xmampu berusaha . sedangkan aku harusnya bertakwa dan tawakal kepadaNya .

masalah masalah . mujur jiwa aku tak rapuh . tak goyah . aku kira masih lagi ramai manusia yang hidupnya hiruk pikuk . berliku liku . masih tak betah di dunia . untuk meneruskan hidup dengan sesuap nasi pun payah . itu baru masalah namanya . bukan dengan dunia sekeliling aku . yang sana merintih dengan jiwa yang kosong kehilangan cinta . yang sini sedih murung berpanjangan hilang kekasih . yang nun jauh di sana gembira tanpa mengira kroniknya akhlak . dan di mana mana yang moralnya runtuh walau hakikat punya agamanya . dan aku ? x layak untuk aku mengelar gangguan gangguan kecil ini masalah . harus aku kembali ke belakang . menoleh melihat kesan dan sisa untuk kehidupan aku hari ini .

gila kalau aku x kecewa . semua yang aku rasa ini hasil nikmat yang DIA ambil kembali . teguran dan pengajaran untuk aku . hidup ini bukan untuk apa yang aku malaskan waktu cuti semester itu . hidup ini harus aku teruskan . berbekal ayat seribu dinar . takwa dan tawakal .

p/s : aku harap aku mampu melihat tanpa bantuan si comel 


rajin . :)

... salam ...

amboi ! tetibe plak tajuk aku rajin kan . entah celah mane la nak rajin eh ? so , hari ini hari rabu . hari ketiga semester baru . hari rabu hari koko . koko saya pkul 4.30 petang . cuaca mcm nak hujan . so kita ponteng . ok ? rajin sgt kan ? =.=''

eh rajin la nak update blog . itu pun dikira rajin jugak ape :P

Tuesday, February 21, 2012

2nd day semester baru

... salam ...

amboi !
haha .. sejak tengok iklan slot aksi hari isnin drama ape celop , suke betul aku tiru si gemuk yg comel uh cakap ' amboi ! '
ok abaikan eh

jadi begini ceritanya ,
ini permulaan semester 4
ye, aku tgok kwan2 aku da update psal sem baru punye hari pertama
aku malas so aku jump la hati kedua
maju kan :)

so , hari ni aku da tau da sape yg bakal menurunkan ilmu kat aku
semua subjek
alhamdulillah semua ok walaupun ada la kejadian "pengajaran" mase hari pertama uh
insyaAllah boleh
walaupun mostly geng geng lectrer berumur tapi so far mcm fhm la mereka ajar

tapii sem ni rajin plak sume lctrer subjek aku ni bg overview ape yg kene belajar dalam satu2 subjek uh
salu nya sem2 lepas main terjah terus hari pertama belajar
aku punya la xcited nak belajar tapi dorang asyik overview je
=.='' 
nmpak x aku sgt smgat ? ?  ? hee :D
tapi nt bile dah non stop belajar
yes , hamek la kau eh :P

tapi bile lectrer buat overview ramai la mcm takut nak study
ye la mse overview komfemla lectrer uh selit2 kan amaran amaran keras kan
chill ok
amaran amaran keras uh untuk naikkan semangat semakin rajin
bukan takut ok kawan kawn :)

so , nota senior pun da ade kan
so da bolehla mule study kan
ayuh semangat ! :)

p/s : jadilah orang yang takwa dan tawakal kepada Allah
insyaAllah
: aku x tahu apa yang terus buat aku berani melangkah mengejar cita walau laluan nya ada derita :

Wednesday, February 15, 2012

alhamdulillah :)

... salam ...





nak berjaya .. susah ..
nak kekalkan kejayaan .. lagi susah ..
tapi yang susah itu ada manisnya
pahitnya juga x kurang


alhamdulillah
terima kasih yang setia di hati walau apa yang menanti
terima kasih yang sedia menemani walau sendiri terkapai
tarima kasih yang masih di sisi tanpa rasa iri
terima kasih :)

Sunday, February 12, 2012

.. random ..

... salam ...

aku mahu cinta itu seperti ilmu bukan seperti harta
kerana apabila berilmu , ilmu itu menjaga kita
dan bila berharta , aku yang menjaganya

p/s : salam maulidur rasul
;)


harap masih x terlambat :D

Friday, February 10, 2012

bunuh#2

... salam ...

ok jom sambung
:)

so adik aku pun letak la hitam
aku suruh letak mcm selalu ABUYA letak cantik molek
tapi adik aku kan baru darjah 5
so dye pun takut jugak la kot
bile aku tanye dia letak mcm mane hitam 
dye kate badanya meringkuk macam baby
so ok la kan
kire x de la teruk sgt kot2 hitam tegolek ke kan

so setel kan part pegebumian hitam

tapi sampai ke malam nya masih terbayang je si hitam
:'(

.............................................

hitam , kuning , tompok dan kuning garang
4 ekor anak kucing
dorang memang suke main dalam tayar
duduk tepi tayar
pokoknya memang suka sangat dengan tayar

so waktu aku start kereta uh memang hitam ade dalam tayar
bile aku jalan so dye terseksa la dalam tayar kan
kesian gile hitam yg kecik 

bile makcik yang panggil aku uh cakap aku terlanggar
dia pun ade cakap dia nmpak ade bende hitam terkitai kitai kat tayar belakang kereta
dia ingatkan burung
rupenya kucing
hux3..
hitam berusaha nak keluar mungkin
tapi sayang ..

.........................


esok .

... salam ...

esok ,
fajar tetap menjengah sama seperti biasa
matahari tetap tersenyum sama seperti semalam
angin tetap menari seiring kalian
kadang kadang hujan menyapa mencuit kerinduan

esok,
langit masih tesergam indah untuk ditatap
bintang masih boleh berkelip setia menemani
semua masih sama seperti semalam

esok,
rata rata aku lihat
sering mahu esok lebih baik dari hari semalam
esok lebih ceria dari hari semalam
esok lebih bahagia dari semalam
dan esok juga esok dan esok

esok,
membuat aku mengesot dari dunia terpuruk di penjuru kecil
aku juga sering mendambakan hari esok lebih baik dari semalam dam sebelumnya
aku juga mahu mentari aku untuk esok lebih cerah dari apa yang aku miliki
dengan aku terus mengharap dengan kecerahan esok
apa mungkin aku jadi lupa indahnya hari ini ?
dengan aku mahu menjadi bahagia hari esok
apa mampu aku teruskan hari ini dengan ceria ?

esok,
aku cuma mengerti
esok itu ketentuan ALLAH
esok itu hasil usaha aku pada hari ini
jadi untuk apa aku terus mengharap hari esok ceria
kalau hari ini aku malas berusaha

esok,
biarkannya menjadi seperti yang di aturkan
dan hari ini aku terus jalani .



Thursday, February 9, 2012

bunuh

... salam ...

kisah basi 2 hari lalu mungkin tapi masih segar dalam ingatan

aku kire anak kucing dari 4 tinggal 3
bila keluar lagi sekali tengok tinggal 2
hitam hilang pula
yang pertama kuning hilang

aku bising bising tny umi mane pegi hitam dengan kuning
sambil bising aq hidupkan kereta dan terus jalan
aku x pegi jauh pun
nak panggil adik aq balik dari padang hujung sane

then bile aq nak pusing balik
makcik2 yg dok bersembang uh lambai aku dalam kereta
so aku berhenti
then makcik kate aku x perasan ni telanggar anak kucing

aduhai
sejak aku dapat lesen smpai la lesen P habis alhamdulillah aku belum penah buat kemalangan jiwa
ni pulak di petang yang senja telah mencacatkan rekod bersih aku
nasib baikla kucing
tapi kucing la pulak
kucing ni dah la ramai sangat yg syg
dibuatnye tuan kucing uh gile syg kat kucing dye
x ke naye aq nak kene rase serba salah sebab 'ter'bunuh kucing dye nt

bile aku tengok dari jauh warne hitam
bile dah dekat dye masihlah warna hitam
aduh kesian nya
mata dia terkeluar sebijik 
kepala dia berdarah :'(
kanak kanak tempat aku tinggal dalam 8 org yang masih sekolah rendah semua duk berkumpul cakap kesian nya kat kucing
*imagine how i feel =.=''
aq gelabah la jugak ni kucing sape la pulakkan
tapi mcm kenal

sampailah adik yg aku pnggil balik 2 kate
ni mcm hitam la kak , anak cokelat , *cokelat ibu bujang

aduh, sudah ...
tapi at one side aku bersyukur la 2 kucing aku
dari aku langgar kucing org lain x ?
lagi menaye aku nak rasa bersalah

bile aku tengok kucing uh kesian la pulak
dengan mate dye terkeluar
=.=''

then adik aku angkat la kucing uh letak dlm plastik
mase nak angkat pun satu hal
mau nak nangis aku nak pegang hitam
aku tengok badan dye lembik terkulai
sumpah first time aku tengok makhluk yang xbernyawa kot
last2 memang bukan aku la yang angkat
aku pegang plastik jek 
adik aku yang angkat msuk dlm plastik
=.=''

so bawak la balik 
dengan niat nak kebumikan hitam 
bersama sama kucing kucing lain yang telah pergi

tapi nak kebumi ni pun satu hal la jugak
sebab ABUYA n abg aku pegi johor
so kat umah tinggal la aku , UMI dengan adik aku yang tadi
so mak aku la yang mencangkul
adik aku yang amek kucing uh dr kereta

lalu ada lagi satu masalah
sape nk keluarkan kucing uh dr plastik
aku ? tidaklah pula kan
bukan aku geli sumpah tak
tapi aku kesian gile nak pegang dye yang x bernyawa sudah :'(

memandangkan adik aku je lelaki yang ada
haruslah dye yang menyetelkan semuanya
mak aku lepas gali lubang terus lari jauh jauh
mak aku lagi la seram nk tengok hitam
aku cakap mata hitam terkeluar pun mak aku dah seriau

....

nanti aku sambung eh . da lame x tulis pnjang kan . hix3 .



stalker

... salam ...

baru semangat nak update blog :)
lappy dah kembali dari kilang ..
sejak 18 disember smpai 9 februari
menumpang ihsan latop teman teman
:')

bile pakai latop orang lain
nak cerita panjang2 pun xseronok
mane x nye
rase mcm bnyak mata yang memerhati
*perasan

lagi lagi kat rumah
haish .. bukak je latop terus jadik kembar siam tiga
entah hape hape lah
ade je org kiri kanan nak tengok apa kita cari lihat tengok bla bla bla
stalker . =.=''

p/s : tengah nk biasakan balik pakai lappy sendiri . board ni mcm dipasang semula je . huruf huruf pun mcm x rata .. =.=''

Wednesday, February 8, 2012

februari pertama

... salam ...

ada manusia malas gile nak update blog
tapi rajin pulak nak layan game2 yg senget benget kat facebook
haha :P

btw, cuti semester tngal lebih kurang lagi seminggu 
ini minggu ketiga
:)
dan saya telah memenuhkan minggu kedua dengan demam dan saudara mara demam aka skt tekak bla bla bla ..
tp saya masih bersyukur sebab sakit masa cuti
daripada sakit masa saya nak final exam kan
lagi lah parah ;)

result pon segan silu je nak keluar
hari hari cek
result semester lepas belum lagi keluar
adoyyy

so , doakan result saya lebih baik dr semester lepas
;)

ok bye !

p/s : anak kucing saya mati lagi :')