Sunday, November 20, 2011

~ petang akhir hujung minggu ~


... salam ...





melalui zaman sebagai pelajar
membuatkan aku terus menerus fokus pada dunia belajar
mengulit kenangan bersama buku buku dan teori
hingga kadang kadang masa yang ada hanya dihabiskan duduk di meja belajar hingga semuanya blank dan kembali berehat
setelah segalanya clear
bangun dan mulakan kembali

bosan .. ?
x aku xpernah merasa bosan
penat .. ?
ya aku penat
tapi aku seronok menikmati nya
aku gembira
aku senang

aku sangat bahagia menjadi seorang pelajar
perlu mengurangkan waktu keluar ke mall semata mata nak study
tingkatkan kemalasan pergi makan sebab nak jimat masa untuk belajar
sumpah aku seronok . x tipu dan bukan propa
noktah

tapi kadang kadang bila aku tengok langit kat luar
tengok pokok dan burung burung
melihat alam
aku jadi terfikir
apa selama ini aku terlalu fokus pada dunia hingga aku lupa tujuan hidup yang sebenar
akan ada hidup yang abadi selepas aku mati
apa yang aku buat sebagai bekalan ke sana
kalau selama ni aku terlalu fokus pada dunia

apa sanggup aku teruskan kehidupan sebegini
tunduk menunduk terus menulis karangan
terus terpuruk bersama himpunan kertas kertas
sibuk bimbangkan exam yang xputus putus
risau fikirkan keputusan yang akan keluar
bila dah habes sem senyum gembira cuti
tapi nanti mula kembali sem yang baru

aku meneruskan kehidupan
benda yang baru tapi rutin tetap sama
benda yang baru tapi tetap masih perkara yang sama .. 
berpusing pusing hidup aku dengan aturan duniawi ..

sampai aku lupa hidup ini bukan untuk dunia sahaja
bukan aku mengeluh dengan kehidupan sekarang
untuk menyesal tidak sama sekali
aku bersyukur sama sekali bersyukur yang teramat

cuma aku terfikir sahaja
^__^

dan mujur ABUYA selalu pesan
tiap langkah ingat ALLAH
buat kerja niatkan untuk ALLAH

mungkin dgn cara sebegini baru adil
kita xbelajar untuk dunia sahaja
tapi semuanya untuk ALLAH
insyaALLAH

selamat memulakan kuliah kembali
:)

p/s : selasa johor cuti ^__^



1 comment: