Wednesday, November 30, 2011

~ just married ~

... salam ..

seriously they just married
T.T

manusia mana yang tak terpikat dengan senyuman manis bertahi lalat ini
*senyum lebar lebar

aku suka dia
bukan kerana siapa dia
tapi kerana diri dia
aku jatuh cinta pada tulisan dia
tulisan dia penuh kesedaran
dan kesedaran yang x dipunyai kebanyakan lelaki biasa
aku kagum dengan dia
punya semangat mewarnakan hidup dia
dengan cara yang berlainan
serius aku sangat suka dia
aku lebih suka dia bila mana dia x begitu hebat memperdagangkan kisah cinta dia
aku lebih suka bila dia sangat xsabar menjadi suami :)
dia xsabar untuk memikul tanggungjawab
bukan seperti kebanyakan insan lain
yang xsabar menjadi suami/isteri hanya dasar cinta semata
aku kagum dengan dia
cara dia mahu menerima amanah tuhan yang bergelar isteri
:)
semoga berbahagia hendakNya Zahiril Adzim !

Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 

p/s : nanti sy blogwalking okayh :)

1 comment: