Saturday, November 19, 2011

~ hujung minggu ~

... salam ...

masih fobia menaip bila mengenangkan apa yang diluah menjadi salah faham yang mengakibatkan dosa berpanjangan
berhenti melakarkan keindahan dengan tulisan buat seketika setelah apa yang dirasa telah di salah ertikan
tapi kembali semula meraih kekuatan bila sahabat setia memujuk diri
tidak kalah dengan manusia iri
tidak betah dengan manusia hampa
akhirnya kini aku bangkit semula
dari mimpi mimpi ngeri bertopeng syaitan

insyaALLAH
aku kembali pada niat asal
semoga ALLAH memudahkan perjalanan
dengan membuang rasa buruk yang diilham dari syaitan

ayuh sama sama muhasabah diri

No comments: