Wednesday, November 30, 2011

~ just married ~

... salam ..

seriously they just married
T.T

manusia mana yang tak terpikat dengan senyuman manis bertahi lalat ini
*senyum lebar lebar

aku suka dia
bukan kerana siapa dia
tapi kerana diri dia
aku jatuh cinta pada tulisan dia
tulisan dia penuh kesedaran
dan kesedaran yang x dipunyai kebanyakan lelaki biasa
aku kagum dengan dia
punya semangat mewarnakan hidup dia
dengan cara yang berlainan
serius aku sangat suka dia
aku lebih suka dia bila mana dia x begitu hebat memperdagangkan kisah cinta dia
aku lebih suka bila dia sangat xsabar menjadi suami :)
dia xsabar untuk memikul tanggungjawab
bukan seperti kebanyakan insan lain
yang xsabar menjadi suami/isteri hanya dasar cinta semata
aku kagum dengan dia
cara dia mahu menerima amanah tuhan yang bergelar isteri
:)
semoga berbahagia hendakNya Zahiril Adzim !

Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku." 

p/s : nanti sy blogwalking okayh :)

Sunday, November 27, 2011

apa benar ianya betul

... salam ...

mata memang terpaku indah pada keindahan dunia
hijau biru mega mentari segalanya bersilih ganti
damai tenang dan rindu bila melihat keindahan
memang indah ciptaan Tuhan
cuma kadang kala terselindung dek kesibukan dunia
kadang kadang tertutup dengan hijab dunia

tapi ada lagi yang paling indah
manusia itu sendiri indah
indah pada akhlaknya
indah pada gayanya 
indah pada senyumannya
dan indah untuk segala galanya

tapi bagi manusia pula
ada seperkara yang palin indah
itu namanya cinta
cinta itu bisa membuat manusia lupa
lupa derita dahulu
lupa dunia sebelum mengenali cinta
malah kadang kala juga buta
buta hati
buta telinga
dan buta segalanya

cinta itu sama seperti alam
bisa mendamaikan serta menenangkan
tapi alam bila dirobek , apa masih utuh damai dalam hati ?
alam kalau tercemar , apa masih senyum mekar bila melihatnya ?
nah , sama aja seperti cinta
cinta bila dirobek , masih lagi sang pencinta rasa dunia nya berharga ?
cinta kalau tercemar , apa masih lagi ada keberkatan nya ?

aku sendiri sudah hampir lupa 
apa rasanya cinta
apa perlu buat untuk mendatangkan cinta
bukan aku takbur mengotakan pada dunia
yang aku mampu hidup tanpa cinta
tapi cinta sekarang sama seperti alam
nilainya tercemar hingga memudaratkan manusia
ah , hidup aku berhak bahagia
bukan derita melayani cinta
lagi pula aku percaya
setiap manusia itu ada jodohnya
tak perlu bersusah payah keliling dunia 
tak perlu bertebal muka bertanya kepada semua manusia
masanya akan tiba
bila kita benar benar sudah bersedia

jadi apa rasionalnya
menjadi penunggu setia pada cinta yang dikhianati
apa kabaikannya
mengembalikan segala kenangan yang harus ditamatkan siaran
mana hebatnya
menanti dan terus menanti tanpa pasti

tak malu pada ibu abah ayah mama bapak emak
kita ini lambang cinta mereka
apa tega menghancurkan lambang cinta ibu ayah demi cinta yang belum pasti
sudah
jangan lagi meneruskan kebodohan yang sedia ada
teruskan kehidupan

hidup ini bukan untuk cinta dan mencintai sahaja
banyak lagi fardhu kifayah yang belum terlaksana
buka lah mata
buanglah hijab hitam yang berselindung di dalam hati
semoga mendapat redha ALLAH
redha ALLAH itu terletak pada redho orang tua
insyaAllah

p/s : salam maal hijrah 1433
move on awak ! 
:)

~ safe ~

... salam ..

alhamdulillah
selamat kembali dari pekan pahang :)
nanti saya update cerita saya ok ;)

sekarang memang sedang lepak
mana tak nya
salu dari JB ke BP sejam lebih je pon dah sakit pinggang
ni hampir 6-7 jam duduk melanguk dalam bas
memang superb
mata dah lah memang jenis nak cuci je sepanjang jalan
seriously saya x berape gemar tido sepanjang perjalanan
sebab saya rasa rugi dengan tido dan xdapat menikmati keindahan alam
time ni la nak bagi mata tengok hijau hijau biru dan bla bla bla
kalau lelap pon cuma dalam 30minit then dah xboleh tido
tapi td mase perjalanan balik saya tido 1jam !
paling lame uh .. haha ..
tu pon sebab jalan berliku liku dan kepala sudah cenoning
sedar xsedar eh dah tertido
uhux
seronok betul karoake denga earfon sambil tengok alam
layan beb ! haha 
nasib bunyik enjin bas kuat
kalau x mesti kene hempuk sebab org nak tido kau nak memekak kan
:P

seronok berkumpul dan melihat telatah manusia
 memang semua orang istimewa kan 
dan xsemua orang akan suka kita sama seperti kita xakan suka semua orang
jadi bila dah berkumpul ramai ramai ni
inilah cabaran buat diri kita
bila mana kita perlu senyum menghadapi kerenah manusia
xperlu nak marah marah 
sebab kalau dah marah , ini bererti gagal
gagal mendidik hati
gagal bersabar
gagal untuk ikhlas
jadi senyum je la
walaupun orang lokek nak senyum dengan kita
atau buat xnampak kita bila kita senyum
x pe senyum je
senyum kan sedekah
lagi pula senyum kan ubat awet muda
xrugi ape pon
:)

dan memang lagi susah bila kita melihat semua perkara serba x kena
dan kita judge perkara itu harus berlaku sebegini dan sebegitu
kadang kadang saya boleh je diam bila ini berlaku
sebab ini memang mentaliti orang melayu
tapi kadang kadang lemas jugak bila denga semua orang cakap seolah olah pendirian diri sangat betul
come on people
x semua benda perlu ikut cara kita
dan xsemestinya cara kita saja yang betul
why not kita cuba pandang positif dengan cara org lain
dan belajar dari perspektif yang berbeza


rasa macam banyak lagi nak membebel
yela rindu :)

hari ini saya dinner magi
mula mula magi tawar
hee
jadi saya tambah garam
bila tambah garam magi jadi masin pula
:P
*org dulu kate kala masin nak kawin dengan anak raja , eh .. :)

kawan saya
masih hidup dalam dunia yang dicipta
dunia angan yang telah musnah
puas dipujuk tinggalkan
puas di desak
bukan dia xmencuba
bukan dia x seksa
cuma barangkali dia perlu masa lagi
entahlah, mungkin benar dia mencintai gunakan hati
hati x kan berubah seperti perasaan yang berubah 
ayuh doakan semoga dia mendapat isteri yang solehah
berkat kesabaran dia setia pada cinta yang dikhianati
:)

cintakan aku seadanya diri ini wahai si peminjam rusuk kiri
|  . .... ... |

p/s : salam maal hijrah 1433

Thursday, November 24, 2011

~ update diri ~

... salam ..

hampir 2minggu kat sini
:)
bila emosi dah stabil baru boleh telefon rumah
alhamdulillah semua orang nampak gumbira ya
mentang mentang cuti sekolah
T.T

fasa 1 pembelajaran berjalan dengan girang gembiranya
alhamdulillah
markah untuk test mencanak mohon sengih lebar tuannya
tersangat bersyukur
walaupun jawab macam poyo bagus je
alhamdulillah
fasa 1 good 2 me
:)

then lagi 2-3 minggu fasa 2 bermula
saya sedang giat berusaha lebih gigih lagi
insyaAllah dengan sokongan dari sahabat yang kejauhan serta doa dari ABUYA UMI
saya mampu menjalankan tanggungjawab saya disini
saya sedang bersedia

study week nanti macam banyak masa lebih
:)
alhamdulillah lagi sebab boleh duduk rumah lame lame lagi sebelum nak exam
dan alhamdulillah juga da nak habis study
so,nanti study week boleh lah revise dengan jayanya
nasib baik saya mmg jenis xsuke last minute
so,xde la mase study week nt baru nak huru hare
oh,perasaan huru hara mase study week can kill me!

oh ye,esok bakal belayar ke pekan pahang untuk program khidmat masyarakat
so,minggu ni mmg rushing nak siapkan keja2 n tuto2 biar nanti next week xsemput nak kejar
n so far alhamdulillah
tiada lagi kerja tertangguh
alhamdulillah sangat sebab dipermudahkan urusan
xtergambar perasaan bila list list yang ada boleh dipotong dengan senyuman kepuasan
:)

tapi kasihan pula pada mereka yang dah ada list kerja panjang berjela dan belum sempat potong dah tambah lagi
ah,semoga tabah duhai sahabat
itulah kemanisan belajar
semoga ALLAH mudahkan urusan 
:)

seriously sgt excited nak p khidmat masyarakat esok
sampai dah siap packing dari selase lagi !
hix3 .. 

p/s : i do love u .. but its not the reason u can have me back ..

~ muhasabah diri ~

... salam ...

setiap orang mesti akan merasai waktu jatuh dan bangun 
benarla bila ada yang kata hidup itu umpama roda atau 
boleh juga kata hidup sama seperti bola
kalau disepak tinggi tinggi la jadinya
kalau rendah rendahlah ia
lebih malang bila nanti bola masuk longkang

ada satu ketika kita akan cuba menyesaikan masalah dengan mencari punca
tanpa kita sedar dalam mencari punca kita sebenarnya telah menuding jari pada yang lain
tanpa kita sedar kita meletakkan kesalahan itu pada orang lain
tanpa kita sedar juga perbuatan itu cuma sekadar mahu menyelamatkan diri 
perbuatan itu cukup untuk meletakkan orang lain bergelumang tahi dan diri sendiri dikelilingi bunga
kejam
cukup kejam
walau apa sekali alasan
menuding jari cuma ada satu penyebabnya
penyebabnya hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri

pernah juga terjadi
teman yang bersama dari kecil
waktu ibu kita dulu sama sama mengandung
dan sama sama melahirkan
serta sama sama melihat kita membesar
tapi sayang
bila nilai persahabatan itu sama seperti diode
" once breakdown reached causing its destruction "
noktah

tapi mengapa mencari punca sedangkan mudah saja mengaku kesilapan
mengapa menuding jari bila satu dunia menyedari tiada yang pernah sempurna di dunia
mengapa perlu terus bertanya segala hal bila segalanya hanya mudah bila perlu diam

tapi selagi kita bernama manusia
ini harus wajib kita gelar ia lumrah

LUMRAH KEHIDUPAN
sehingga kadang kadang aku x pernah rasa ianya ialah lumrah
"lumrah kehidupan" cuma alasan bagi mereka yang mencipta permasalahan
bila mereka sendiri xmahu mengaku kelemahan diri
lalu menuding jari pada "lumrah kehidupan"

p/s : aku terlupa malam ni malam jumaat =.= ''

Monday, November 21, 2011

~ dah final ke ? ~

... salam ...

ok sana sini bola
semua orang nmpaknya sgt semangat dan menunjukkan kesepaduan sebagai 1 malaysia
seriously la kan
kat cafe bola kat kelas bola kat fb bola kat kedai fotostat pon bola
siap ade student nak delay amek buku yang dah siap sebab nak p tengok bola
oh yang x buleh bla siap ade orang dok berarak dengan kereta dan hon siap bawak bendera malaysia
meriah sungguh !
semuanya kerana BOLA

bila tanya rumet
rupanya malam ni final
"oh,dah final ke ?"
=,=''
serious xtahu
uhux3...

bila dah tau xde la smngat sgt nk tgok
bukan la x minat
tp sbab mmg dah x dibiasakan kot
klau tgok kat umah ok la
xde la sape2 bleh tgok kot2 aku terjerit ke nt kang
suara dah la  superb lantang *hachumm

cuma teruja je nak tau
agak agak kalau malaysia menang dapat cuti x PM ?
haha ..
 kalau cuti untunglah johor kan
esok selasa cuti keputeraan
rabu cuti bola
wah ! seronok ..
^__^

nota kaki : agak agak nt awal muharam meriah mcm ni x ?

p/s : malam ni ada yasinan sempena keputeraan sultan johor
agak agak mane lagi meriah ?
^^v

Sunday, November 20, 2011

~ petang akhir hujung minggu ~


... salam ...





melalui zaman sebagai pelajar
membuatkan aku terus menerus fokus pada dunia belajar
mengulit kenangan bersama buku buku dan teori
hingga kadang kadang masa yang ada hanya dihabiskan duduk di meja belajar hingga semuanya blank dan kembali berehat
setelah segalanya clear
bangun dan mulakan kembali

bosan .. ?
x aku xpernah merasa bosan
penat .. ?
ya aku penat
tapi aku seronok menikmati nya
aku gembira
aku senang

aku sangat bahagia menjadi seorang pelajar
perlu mengurangkan waktu keluar ke mall semata mata nak study
tingkatkan kemalasan pergi makan sebab nak jimat masa untuk belajar
sumpah aku seronok . x tipu dan bukan propa
noktah

tapi kadang kadang bila aku tengok langit kat luar
tengok pokok dan burung burung
melihat alam
aku jadi terfikir
apa selama ini aku terlalu fokus pada dunia hingga aku lupa tujuan hidup yang sebenar
akan ada hidup yang abadi selepas aku mati
apa yang aku buat sebagai bekalan ke sana
kalau selama ni aku terlalu fokus pada dunia

apa sanggup aku teruskan kehidupan sebegini
tunduk menunduk terus menulis karangan
terus terpuruk bersama himpunan kertas kertas
sibuk bimbangkan exam yang xputus putus
risau fikirkan keputusan yang akan keluar
bila dah habes sem senyum gembira cuti
tapi nanti mula kembali sem yang baru

aku meneruskan kehidupan
benda yang baru tapi rutin tetap sama
benda yang baru tapi tetap masih perkara yang sama .. 
berpusing pusing hidup aku dengan aturan duniawi ..

sampai aku lupa hidup ini bukan untuk dunia sahaja
bukan aku mengeluh dengan kehidupan sekarang
untuk menyesal tidak sama sekali
aku bersyukur sama sekali bersyukur yang teramat

cuma aku terfikir sahaja
^__^

dan mujur ABUYA selalu pesan
tiap langkah ingat ALLAH
buat kerja niatkan untuk ALLAH

mungkin dgn cara sebegini baru adil
kita xbelajar untuk dunia sahaja
tapi semuanya untuk ALLAH
insyaALLAH

selamat memulakan kuliah kembali
:)

p/s : selasa johor cuti ^__^



Saturday, November 19, 2011

~ sketch the memory ~

.. salam ..

ianyan suatu masa yang panjang terpisah dengan kembar sendiri
;)
semuanya gara gara terlalu fokus menelaah
hingga jarak yang sejengkal payahnya berjumpa ibarat terpisah benua
hampir setahun tak bersua
walaupun hakikatnya menghidu udara yang sama di tempat yang sama 

kehadiran nya secara kebetulan mengisi waktu aku yang sedang kejatuhan merisaukan perkara yang pasti terjadi pada setiap manusia
kehadirannya seakan rahmat dari ALLAH tanda dia masih sayangkan aku
walau dia sedang menguji
tapi dia x memberi peluang aku sendiri melalui nya
dia hadirkan aku permata waktu aku menangis kehilangan kaca
dia berikan aku mutiara yang aku sudah lupakan kerana gembira punyai mutiara baru
ALHAMDULILLAH
aku masih perlu tabah

bersama dia di hujung minggu
buat aku rindu kembali zaman matrik yang penuh kegilaan
ya. gila
cuma gila boleh aku katakan
gila bila budak kurang pandai masuk matrik
gigih berusaha demi ayah tercinta
gigih bertatih bila semangat dari ayah xputus dipahat
sampai aku sendiri fikir aku gila bila boleh jayakan waktu matrik dengan jayanya

tapi bukan waktu gila itu yang aku rindukan
aku rindukan kembar yang aku jumpa di matrik ini
kelas yang sama dan melakkan rutin yang sama
dan wajah kami hampir sama
hampir semua mengatakan sebegitu
tapi aku dan dia xdapat lihat langsung apa yang sama pada wajah kami
tapi itu mengikat kami
berjanji setia hingga ke hujungnya

dan alhamdulillah
kami menuju ke menara gading bersama
di tempat yang sama
cuma kos yang berlainan
buatkan masa begitu cemburu untuk kami bersua

tapi hujung minggu kali ini
dapat aku kembalikan zaman dulu
zaman yang aku menjadi selalu ceria
dia akan siapkan meja study dia untuk aku dan dia akan tido waktu aku study petang
bila aku habis study aku kejut dia
bila malam makan sama sama
dia akan study kat katil dia sementara meja study dia , dia suruh aku yang guna
bila dia tibe2 senyap .. aku ingat dia sdg fokus .. tp rupenye dia tido peluk bear dia yg sgt besar sebesar dia .. :) dan bila dia bangun dia akan ketawa ..
dia akan bangun terus on9 .. ye , dia sgt malas nak study ..
bila malam aku tido dia on9 ..
sedar2 aku tido sorang atas katil single dan dia tido kat bawah berlantaikan karpet nipis dan peluk bear ..
aku enak di atas bersama katil dan bantal serta selimut dia ..
aku kejut dia tidur kat atas
tido tido
bila dah tengah hari masing-masing gaduh suruh bangun dulu
gigi x gosok sibuk tolak menolak suruh pegi mandi dulu
aku suka baling bear dia
tolak bear dia
..

cukup
semua buat aku tertawa
aku suka dia
dia x buat aku susah
tapi dia ada bila aku susah

glad meet her
and sketch all the memory behind
:)
ILY

p/s : ILY to ANM

~ hujung minggu ~

... salam ...

masih fobia menaip bila mengenangkan apa yang diluah menjadi salah faham yang mengakibatkan dosa berpanjangan
berhenti melakarkan keindahan dengan tulisan buat seketika setelah apa yang dirasa telah di salah ertikan
tapi kembali semula meraih kekuatan bila sahabat setia memujuk diri
tidak kalah dengan manusia iri
tidak betah dengan manusia hampa
akhirnya kini aku bangkit semula
dari mimpi mimpi ngeri bertopeng syaitan

insyaALLAH
aku kembali pada niat asal
semoga ALLAH memudahkan perjalanan
dengan membuang rasa buruk yang diilham dari syaitan

ayuh sama sama muhasabah diri

Friday, November 18, 2011

~ dendam ~

... salam ..

dendam itu dendam paling kejam
dendam yang terpendam 
memuncak hanya kerana kisah mentari yang gugur
memunahkan segala harapan yang memancar
hancur , hancur sudah usaha yang dilelahkan
ranap , ranap sudah impian yang digarapkan penuh jiwa

apa masih wujud sayang bila dendam itu mengaburi mata
apa masih perlu kasih bila dendam itu aku tanamkan segenap jiwa
apa perlu cemburu bila aku sudah menoktahkan segala prasangka
apa perlu aku terus menerus menyoal diri mengapa harus terjadi

dendam yang mereka lihat sebagai dendam paling kejam
telah aku usahakan mengikis batu batu kerikil di tepiannya
menitiskan air terus menerus sehingga lekok terbentuk
memberi bah kadang kala biar ia berubah
akhirnya berjaya
dendam yang paling kejam itu berubah
menjadi dendam yang paling manis


~ further ~

... salam ...

jadual nak menghadapi final exam mula giat di susun ..
perlu hadam sehadam nya segala teori dan kuliah yang tertinggal dan sengaja ditinggalkan ..
perlu semangat demi keluarga tercinta
dan lebih semangat bila study week dapat 2 minggu insyaAllah
ayuh doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar
^__^

tapi saya lebih gemar ini

i know it
bila hujan turun selebat lebat nya bagai tiada penghujung
pelangi muncul juga bersama mentari
^_^

jangan diharap pada yang x sudi
jangan ditagih pada yang x perlu
teruskan dengan berhenti mencari cari apa yang tertinggal
teruskan dengan meneruskan apa yang ada
aku kini lebih mengerti pengertiannya
terima kasih mentari
:)

ayah .. semoga sihat selalu ..

p/s : esok test programming !




Wednesday, November 16, 2011

~ nota kaki ~

... salam ...

hampir 2 bulan x bertemu keluarga..aku pasti bukan aku sahaja begitu..ramai lagi insan seperti aku..meletakkan rasa rindu terbiar kaku dalam jiwa..demi berjihad untuk keluarga..hampir 2bulan juga hanya bertanya khabar bersama teknologi..tapi aku bukan manusia yang begitu mahu menghubungi..aku xmahu terus menerus melayan rasa sakitrumah (homesick) itu..

bila bertemu..memang banyak kisah yang baru dikhabarkan..ada yang mampu membuat aku tersenyum girang hingga ke telinga..ada juga hingga kini x mampu aku hadamkan...

Saturday, November 12, 2011

...

... salam ...

dah lama aku terpaku di screen ini
tapi kosong xdapat aku luahkan

xdapat aku lakarkan rasa dengan tulisan
terasa seperti ada mata mata jahat sedang meliar

aku tak mahu ia menjadi isu lagi
aku malas layan

sekian

~

... salam ...

rasa kekok untuk mulakan bicara bila terhenti seketika
tapi tidak mengapa ayuh kita mencuba
^__^

awan berarak masih indah
hujan yang turun tetap masih dingin
pelangi juga masih muncul setelah hujan pergi

indah 
memang indah ciptaan tuhan
tapi seindah indah ciptaan ialah wanita solehah
^_^

...

~ mid term holiday ~

... salam ...

habis
cuti hampir habis
its ok

gambate sahabat !

p/s : have a save journey
^__^

Thursday, November 10, 2011

~ OTW pegi shopping ~

... salam ...

ADIK : banyak-banyak bunga,bunga apa warna hitam
SAYA : erk,bunga mati
ADIK : salah,bunga mati warna coklat
SAYA : yeke ? entah
ADIK : bunga tayar la ..
SAYA : oh, ok ..

ADIK : kalau lembu jadi manusia , manusia jadi ape ?
SAYA : bile mase plak lembu bleh jadi manusia ?
ADIK : alah,jawab je la ..
SAYA : ah, mane la aku tau
ADIK : jadi ramai lah
SAYA : masalahnya lembu x boleh jadi manusia !
=,=''

ADIK : 10 pasang stokin letak dekat pantai jadi ape ?
SAYA : tenggelam lah
ADIK : salah
SAYA : eh,cube kau letak stokin kau nanti , tenggelam x !
ADIK : jadi basah lah .. ape la ..
SAYA : masalahnya , stokin 2 tenggelam jugak kan .. grr~
ADIK : salah salah ..

p/s : jangan terlalu menekan diri untuk menjawab teka teki kanak kanak yang sedang da nak cuti ssekolah .. sekian ..

Monday, November 7, 2011

~ AIDILADHA ~

... salam ...

exam final + bekorban cuti = 2010
:)
mid sem holiday + cuti raya haji = 2011

salam aidiladha
ALLAH mengambil sesuatu untuk memberikan yang lebih baik
ikhlas dan bersangka baik pada ALLAH
:)

p/s : selamat pulang ke kampung halaman

Friday, November 4, 2011

~ BUJANG yang hilang dara ~

.. salam ..

hey people !
did u still remember to BUJANG
yes.. do klik here for BUJANG

i did mention that bujang is JANTAN
but the truth is not !
OH DUNIA , BUJANG BUKAN JANTAN
bila mana ahli keluarga saya melihat bujang bersama 3 ekor anak nya 
jadi BUJANG sudah menjadi betina
walaupun hakikatnya BUJANG mmg betina sejak dr dulu lagi

siapa kate saya JANTAN ! grr~

jadi dgn segala hormatnya
saya memperlihatkan dunia 3 org ekor anak BUJANG
DO RE MI
:D

hye ! saya DO ..

hei ! saya RE ..

dan saya adik bongsu MI ..

mereka sgt comel dan geli !
haha
xtau la knp geli aka takut
hee~

mane RE ni ?!

dimanakah mama kita yg mcm jantan itu ?

no camera pliz

ini RE
antara yg plg lincah berbanding yg lain
susah sungguh nk shot dye
asyek lari saje
=,=''

tepi tepi tepi !

mata RE biru !

ape pegang2 ni ! bukan muhrim tau ..

ok la RE duk diam ok kakak :)

RE yg plg aktif
jadi mse nk shot 2 buleh pulak RE terjatuh dr bumbung kreta kancil uh
hahaha
tepeleot badan dye
hix3
nsebla x patah ke mati ke
kalau x bertambah la kubur keliling rumah
*woo,,mcm scary je kubur keliling rumah

MI plak plg pasif
teketaq ketaq
pas uh mulut bsing jek !

wuuu~ nak mama !

lari lari ..

nak tido lah !

dan yang paling digemari ialah DO !
sekali shot je kot da dpt gmba plg gorgeous !

hey world ! love me n i love u back ~ <3
mungkin disebabkan DO yg keluar dulu
so DO la yg plg mtang n cool enough !


hey ! tunggu la RE ..

RE , pandang camera lah ..

ade bau kentut lah !

mata saya juling !

saya ada 2 kepala ! haha ..

haha
kucig berkepala dua ~

lapar lapar grr~

banyak lagi ke nak shot nih !

macam mane nak turun nih !


dan dorang bijak tau
siap pandai main gelongsor lagi
haha

jom lumbe sape plg laju MI !

yeay , kau kalah MI !

MI : alamak , aku tersalah pusing la ..

ou .. camano boleh tersepit nih !

ha kau !
sampai tersepit sepit main gelongsor kan
:D

macm kek lapis ekau buat den eh !


finally
when they mom did come back

where my kids ! T.T

sape curik anak aku nih .. isk3 ...


bujang dah jadik mama
yeay2 ..
dan bujang sudah dewasa serta besar
dah xseronok nk pegang
*sebenarnya takut nak pegang :P

adeh3 ..

oh ya !
bujang suka makan coklat tau
haha
:)





ini bujang sewaktu kecil sgt comel kecil molek
tp sekarang bujang dah besar gedabax gemok panjang !
haha

so that its
kisah bujang yang berjaya menjadi mama tanpa diketahui di mana papa nya
hee~

btw,did u remember this picture ..


anak dia tinggal sekor jek warne hitam
lagi 2 berjaya digilis oleh abg ku yg 2nd
hoho
satu pecah perut
satu pecah kepala
gulp !

sekian

p/s : selamat kembali dengan selamat jaja !



~ HOME SWEET HOME ~

... salam ...

| H O M E |

sengih lebaq - lebaq
sebab banyak cerita yang saya tak tau
and i was surprise when know it
later i tell u okayh
:)

Thursday, November 3, 2011

~ beri tajuk sendiri boleh ?~

... salam ...

hampir segalanya selesai di laksanakan .. alhamdulillah .. makhluk ini masih bernafas ... masih punya nikmat untuk menghidu indahnya udara milik ALLAH ... masih ceria melangkah walau segala rasa menghimpit .. sudah aku ikhlaskan segalanya .. dengan kembali pada tujuan asal aku di bumi ini .. alhamdulillah Ya Allah .. engkau masih menunjukkan jalan .. pada hambamu yang sering kali jua telat menyahut seruanmu ... 

pagi yang masih menerik .. sudah aku ditarbiahkan seorang teman .. membuat aku tersentak pada diri .. selama aku di sini .. hilang sudah waktu aku untuk bicara panjang mengenai hati .. hilang sudah segala rasa yang hati perlu rasa .. maaflah wahai diri .. sebab membiarkan otak saja yang bekerja tanpa memikirkan segala macam kerenah dunia .. 

menanti bas  .. butang hijau aku tekan .. mendekatkan yang jauh tapi selalu di hati .. aku ingat aku masih ada panggilan percuma .. nah ,amek kau .. panggilan percuma menjadi pangilan termahal aku panggil .. rm8.55 untuk hampir 16 minit sahaja .. ikut kan aku sdg rugi , tp biar lah .. aku mmg byar rm8.55 untuk dengar suara kau pon .. :D

pagi yang kepergian bersilih diganti malam .. alhamdulillah .. test terakhir untuk kali ini selamat diduduki .. pulang ke kamar .. lincah bersilih ganti tangan dan kaki bergerak .. mengemas bilik yang bagai kapal karam .. esok aku pulang .. ya, esok aku pulang .. awal sehari dari yang seharusnya .. tapi syukur urusan aku dipermudahkan .. doakan aku selamat kembali ..

dunia ciptaan aku .. sedang aku indahkan dengan warna warna pelangi yang aku gagahi lakarkan jua mencalit sedikit warna .. aku mahu ianya menjadi indah biarpun punya usaha yang lama .. tidak mengapa kerana aku ikhlas .. tidak mengapa kerana aku masih berusaha .. andai pelangi aku tidak indah di mata mereka .. ia tetap indah pada aku .. kerana itu usaha aku bukan mencoretkan pelangi sendiri .. itu dunia aku .. biarlah aku yang menjadi kepala untuk melakarnya .. bukan mereka atau siapa siapa .. ini dunia aku .. dunia aku yang menjadi milik aku ..

berhenti .. tolong berhenti melihat segala yang aku hasilkan .. segala yang aku langkahkan .. segala yang aku kejarkan .. segala yang aku hamburkan .. segala yang aku rasakan .. tolong jua berhenti melihat segalanya dengan mata hati yang kurang terbuka ..

aku sedang berfikir lagi .. tapi aku sendiri tidak mengerti apa yang aku sampaikan .. barangkali kepala aku sudah penat .. otak aku sudah mahu berehat .. tapi jasad aku masih terpaku di hadapan lappy ini .. hasilnya , kamu yang masih setia membaca .. maaflah aku sedang merepek .. rasa dalam ini susah pula untuk tafsirkan .. jiwa aku yang melonjak ceria mahu pulang .. ditambahi dengan mata aku yang kuyu mahu tidur .. serta kepala aku yang x lagi berfikir dengan betul ..*maaf aku merepek lagi

terlalu sibuk aku mengejar dunia aku di sini .. hingga aku terlupa soal sekeliling .. ada lagi jiwa jiwa yang masih menunggu jawapan .. ada lagi jiwa jiwa yang memerlukan nasihat .. ah , maaflah sahabat .. aku menjadi terlalu pentingkan diri mengejar cita hingga terlupa bertanya khabar kau .. janji aku mahu ketemu depavali on xtertunai .. terlalu bnyak aku memberi janji .. membuat akhirnya aku menjadi munafik dengan memungkiri nya ..

ada lagi satu jiwa yang menunggu .. menunggu memang penantian yang lama .. sudah lah .. berakhirlah .. aku hanya berdoa jodoh yang baik sahaja .. tanpa mengira ianya siapa .. yang menunggu atau ditunggu .. sudah aku ikhlaskan ..

aku mahu berhenti menaip segala di sini .. tapi tiada sesuatu yang boleh membuat aku berhenti merepek di sini .. ini ruangan aku bukan .. aku menulis untuk aku .. ini sahaja yang aku punya untuk melempiaskan segala macam rasa .. tapi bila ianya boleh menjadi fitnah .. perlu kah aku hapuskan jua ruangan ini .. :| .. zalim sungguh .. mahu mengambil ruangan ini dari aku sedangkan ini sahaja yang aku punya untuk mengenang kembali apa yang pernah terjadi .. jangan menganiaya aku walaupun kadang kala hakikatnya orang yang rasa diri teraniaya ialah yang menganiaya .. maaf lah aku merepek lagi .. aku cuma mahu sampaikan yang jangan menilai aku dengan tulisan ini .. mengerti ? xmengapa kalau tidak mengerti ..

aku masih mahu terus menulis .. sementara aku masih ada nyawa sebelum sebentar lagi jwa aku mahu meneroka lam mimpi .. mimpi .. entah yang bila kali terakhir aku ingat apa yang aku mimpikan .. sejak di bumi UTM ini .. bangun pagi xpernah aku ingat tentang mimpi .. aku cuma harap aku x terlepas bas bila saat mata aku celik melihat dunia .. kejam kan aku .. terlalu mengejar dunia .. sbelum sempat bersyukur aku masih bernafas sudah aku fikirkan hal dunia .. gadis yang kejam ..

aku baru sedar jam sudah lebih pukul 12 rupa nya .. hammpir pukul 1 .. tapi aku masih x dapat jumpa apa aku nak tulis sebenarnya .. maaflah kalau kau memang tegar nak membaca samapi yang terakhir .. aku sendiri x tahu apa yang aku taipkan .. aku cuma taip dan post .. besok aku baca semula ya apa yang aku merepek ini ..

ada satu lagi rasa .. rasa rindu .. tapi rindu itu tidak halal .. oh , bilakah akan menjadi halal . ? dimana engkau pemberi pinjam rusuk kiri . ? ok.. serious dah sgt melalut .. noktah .. tapi setelah noktah masih adakah pengakhiran yang lain ? atau noktah ialah pengakhiran segalanya ..

sudah wahai gadis yang terlalu ceria untuk pulang .. berhenti melalut bagai dunia milik engkau .. baiklah aku berhenti .. tapi jangan rindu aku ya .. brodband aku habis limit .. page ini pon loading semacam hapa .. sudah berhenti .. baiklah aku berhenti .. tapi lihat lah .. selepas berhenti itu aku masih meletakkan titik noktah .. kalau begitu entah bila aku akan berhenti ..

oh ya .. aku curi ini dari blog ini .. aku jatuh hati pada tulisannya .. mari aku kongsikan .. buat pemilik blog .. aku cuma pinjam saja .. buat pedoman aku di hari mendatang .. aku juga sedang cuba .. berbicara sehingga aku temui cahaya .. terima kasih ya ..



cahaya dan kata-kata

keyakinan dan akal yg geliga bekerja ketika kita sedang 
berkata-kata selalu melupakan kita kepada audience. kita
 umpama membawa pendengar kedalam alam fikiran kita 
dan membawa bersama mereka untuk merasai apa yg 
dirasakan dan menikmati rasional yg kita fikirkan. 
walaupun sekadar berkata-kata, ianya menghidupkan
dan mampu mengentarkan jiwa.

natural leadership is a build-in genius yg boleh influence akal 
fikiran, perasaan dan menggerakkan tubuh menuju apa yg didengari.
bukan sekadar itu, dengan ruh yg bercahaya ia umpama sihir
yg melupakan segala penderitaan, menerangkan semua
kegelapan dan memberi cahaya kepada kehidupan yg kelam.

dan dicelah itulah hadirnya kata-kata agung yg memberi
 cahaya kepada tamadun insan. ketika semua penyair 
arab asyik melantunkan kalam indah, al-quran hadir 
umpama sihir yg mengenggelamkan releksi akal dan 
membawa manusia kealam keindahan tiada tara.

sehingga kejahiliahan pasrah tunduk kepada 
kalam agung dan hati mula bercahaya. subhanallah.

 renunglah dan teruslah berbicara sehingga engkau 
akan bertemankan cahaya.
wallahuaklam.