Thursday, October 20, 2011

~ urat2 stress yang merasa lega ~


... salam ...

Memang ditakdirkan aku menjumpai insan yang aku rindu
Tapi berbeza jasadnya
Semua nampak serupa walaupun hakikatnya insan yang berlainan
Berkongsi DNA dan gaya serta hampir segalanya
Mereka kelihatan sama pada yang benar mengenali
Tapi hakikatnya mereka tetap jasad yang berbeza

Sudah aku hamburkan segala kerinduan yang aku pendam selama ini
Sudah aku cuba lepaskan segala rasa yang masih bermukim di hati
Sudah puas juga aku cuba mengalih arah untuk tidak lagi aku terfikir tentang masa yang lalu
Sudah.segalanya sudah aku lakukan.
Sudah.segalanya aku sudah cuba berusaha
Cuma sesekali tak mampu aku sorokkan jiwa itu

Maaf hati,andai engkau merajai aku tanpa akal dapat mengawalmu
Maaf hati,andai fikiran yang teringat membuat kau rasa kesakitan dahulu
Maafkan fikiran ya wahai hati,sungguh fikiran itu sdg menerawang
Tapi duhai hati
Dengan kesakitan inilah engkau menjadi tabah
Dengan kesakitan yang disebabkan fikiran lah engkau menjadi manusia
Dengan kesakitan jua lah engkau berdiri  megah di sini

Sudah lah hati,
Engkau maafkan saja fikiran yang selalu kepergian itu ya
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan
Sudah lah hati...lepaskan segalanya pergi

Duhai akal,tarbiahkan lah hati
Kerana hati itu berusaha menipu diri lagi
Dengan timbunan tanggungjawab yang harus dipikul
Lalu membuang segala rasa yang sering menggigit
Membiar bagai angin yang berlalu
Angin yang menyamankan
 tapi kadang kadang bisa saja meributkan

Duhai akal
Pimpinlah kembali hati
Agar kukuh terpasak tidak gentar pada cabaran lagi

p/s : esok test BASIC ELECTRONIC
:)

No comments: