Friday, October 14, 2011

~ senyap ~

... salam ...

ini kali pertama aku mengaku aku mula menyukai sesuatu yang aku tidak gemar dahulu
sungguh juga inilah kali pertama
aku mula akui kata kata mereka

"jgn benci sgt,nt kau suka"

"jgn benci lama2 tkut kau jatuh hati"

mmg benar aku sering mencebik mendengar mereka berbicara sebegini
hinggalah hari ini
aku sendiri yang melaluinya dan merasainya
*ini bukan soal cinta

aku mula selesa
selesa dengan suasana yang dahulunya membuat aku rimas dan lemas
aku mula tertawa
tertawa di tempat yang selalunya membuatkan aku menunduk tatkala mereka bicara
aku mula berbicara
berbicara bersama mereka di ruang yang sama dahulu aku tersorok di tepi
aku mula punya keinginan
keinginan menjadi seperti mereka yang punya semangat 
*maaf jika engkau tidak mengerti

lamaran
aku tahu lamaran tadi tidak 'official'
tapi hati aku terdetik gembira
membawa erti khidmat aku yang dahulunya paksa kini diperlukan 
memberi makna pemikiran aku yang tidak gah seperti mereka masih dimahukan
dimahukan dan diperlukan
ya,aku mengerti

ikut hati aku mahu kata iya
tapi bukan aku untuk terus bersetuju tanpa aku tahu kemampuan diri
ikut hati aku mahu kata iya
tapi bukan aku untuk terus bersetuju dan mengulangi kekhilafan yang lama
ikut hati aku mahu kata iya
tapi aku tidak menjadi diriku kalau cita cita aku nanti tergendala
ikut hati aku mahu kata iya
tapi hakikatnya aku tidak mengatakan iya
*sigh

apa mampu aku meneruskan ia
bermula semula dari garis mula sedangkan aku berada hampir di garisan penamat
tapi aku bukannya berundur dari garisan penamat
aku berusaha melepasi garisan penamat
dan kembali semula ke garisan mula
berbeza.ya.memang berbeza
sebab aku tidak berundur
tapi aku mulakan kembali satu perjalanan
ya
aku mulakan kembali bersama pengalaman di perjalanan dulu
*ah,aku terlalu banyak berfikir

aku kira aku tak perlu banyak berbicara
tapi hati aku xhenti bermonolog
hingga naik remang bulu roma

'kau cakap kat aku...istiharah sahabat...aku yakin kat kau'

ini lagi kacau
aku sendiri belum yakin dengan diri sendiri
tapi sang sahabat begitu pasti yakin pada diri ini

aku perlu petunjuk
tapi jiwa aku kemalasan melakukan istiharah
membuat aku mahu saja terus berserah
dan tawakal padaNya
tapi jauh di sudut hati aku tahu
xmungkin bisa aku tenang dan terus tawakal membabi buta jika aku sendiri mencipta alasan tidak mahu berusaha
*aku mula lihat diri ini banyak berdolak dalihnya

'kau kena buat keputusan yang betul...ikut kata hati juga'

benar
aku memang sedang mendengar kata hati aku
aku mendengar bukan mengikut
aku dengar hati aku berkata
cuma aku tiada lagi kekuatan mengikut kata hati aku
berbeza bukan antara mendengar dan mengikut
aku sedang cuba rasional
tapi lagi gila bila kata hati dan akal tidak sekata
kesudahannya aku disini menaip panjang berjela sambil meletakkan tutorial DIFFERENTIAL EQUATION setia sebelah kanan aku

aku memang yakin dengan kata hati ini
cuma aku perlu sesuatu menguatkan keyakinan kata hati aku ini
sudahlah
aku rasa aku perlu berhenti bicara
berhenti seketika
memberi ruang pada tujuan asal aku diterima di bumi UTM ini
agar aku pulang dengan segenggam ijazah
lebih baik lagi bersama jubah merah dengan line yang membezakan aku dengan yang lain

doakan aku melihat sesuatu yang akan menguatkan keyakinan kata hati aku
kerana nanti aku bakal berjuang sendiri tanpa mereka 
kerana mereka sudah lelah di garisan penamat
sedangkan aku masih bersemangat untuk memulakannya kembali
^__^

p/s : aku baru sedar esok hari jumaat
cepat sungguh waktu berlalu hingga aku bertemu weekend kembali
:)

double p/s :  maaf sekali lagi aku merapu sendiri


tulisan kecil yang jangan dibaca : JAWATANKUASAKOLEJMAHASISWA






No comments: