Wednesday, October 12, 2011

~ esok kelas jam 8 ~

... salam ...

jarum jam tetap bergerak
dan sentiasa bergerak
tanpa pernah jemu meninggalkan aku
tanpa hati terus menerus pergi
tanpa menoleh langsung melihat aku yang sedang tercungap cungap mengejar waktu
walau apa sekali keadaan aku
masa tetap berlalu
kerana tanpa aku
awan itu masih berarak
hujan masih turun
dan semua kehidupan masih meneruskan kehidupan mereka

maaflah sahabat andai aku menyepi
sudah aku jeritkan dalam hati
aku perlu mencari diri
bersama timbunan tutorial dan lambakan test minggu hadapan
maaflah sahabat
kerana waktu amat penting bagi aku
membuat aku mengorak langkah sendiri
agar waktu aku sendiri dapat juga aku memujuk diri
tanpa ada sesiapa di sisi

sudah
aku sudah berhenti bermonolog dalam hati
aku sedang berusaha memujuk hati
aku tak mahu lagi
noktah

berhenti
berhenti bertanya perihal cuti
kerana aku menjadi sesak dan kelam
memikirkan aku bakal cuti lagi
ah,,xbisa lagi hati aku menangis keberatan mahu meneruskan perjuangan
sudah sudah

aku sedang berusaha
mari mendoakan aku
insyaALLAH amin

p/s : baru hbis marathon tutorial differential equation 3
selagi xsiap selagi itu la aku termimpi2
tapi lps siap tuto 3 ada lg tuto 4 menanti
owh,,yg ikhlas diri

esok kelas jam 8
:D


1 comment:

ct hawe said...

intesting.........amat menarik sekali kata2 anda.....