Sunday, September 18, 2011

~ telefon berbunyi ~

... salam ...

alhamdulillah
terima kasih ya Allah

panggilan dr rumah
:')

hampir seminggu aku sepi di bumi UTM
alhamdulillah
semua berjalan lancar sekali
malah tidak sesibuk mana
tapi xjuga aq mendail ke rumah
padahal cuti extra juga
sungguh bukan aku xmahu
tapi aku xkuat
:(

seusai magrib tadi
ABUYA call
pasti risau memikirkan aku yang terlalu menyepikan diri
2 missed call

aku pandang
berdebar
otak ligat berfikir
tidak mahu aku angkat call ini
akal menegah
wajib menjawab panggilan dr ibu bapa
akur

angkat.tarik nafas.dalam.senyum

apa khabar anak ABUYA ?
sebak.tarik nafas.senyum

berbual seperti biasa setelah aku berjaya kawal emosi
mujur juga rumet keluar
dpt aku meraih kekuatan diri
:)

aku dengar suara adik adik di belakang
mereka yang xsempat mlihat aku kali terakhir sebelum aku menghidu udara UTM
aku pergi tanpa bertemu mereka
tiada peluk cium
noktah

aku juga dengar suara UMI
sebak

aku terus berbual dgn ABUYA
banyak yang ABUYA kongsikan
mereka beraya di KLUANG cuti ini
tanah aku membesar 
penuh dugaan
penuh kenangan

tanah yang melihat aku masih menjadi kanak kanak hingusan
sungguh aku rindu
ABUYA teruskan bicara
mereka mengunjung jiran jiran lama
jiran jiran yang amat akrab dan dekat
semua bertanyakan soal aku
di mana aku
sangat terharu
betapa terkilan aku tiada di situ
mereka masih mengingati kanak kanak hingusan ini

ya,,mana mungkin mereka lupa
aku pasti

mana mungkin cikgu eton lupa pada aku
sedangkan hari hari dia melihat drama aku menangis xmahu ke sekolah

mana mungkin mak tok lupa kan aku
memujuk aku agar rajin ke sekolah
juga selalu marah bila xpulang ke rumah saat senja berlabuh

mana mungkin cik syukor lupa
aku yang rajin ponteng kelas mengajinya
dan aku sgt dekat dgan anak anak nya

mana mungkin kak nani lupa aku
bila dia sering lihat aku menyorok balik pokok bila aku lari dr sekolah
kak nani xmungkin juga lupa aku
kerana aku pernah menjadi murid pertamanya swaktu dekat upsr dulu
aku menelaah di katilnya hingga aku tertidur
dan dia memarahi aku dan suruh aku belajar di meja studynya
:')

mana mungkin cik mat dan keluarganya lupa kan aku
bila aku selalu lari lari keliling rumah dia

mana mungkin nek som lupakan aku
sebab aku selalu menyorok di pokok depan umah dia waktu aku selalu ponteng sekolah
mana mungkin nek som lupa aku
sebab dia selalu ajak aku masuk rumah dia bila nmpak aku menyorok ketakutan di pokok itu

mana mungkin mereka akan lupa aku bukan
kerana aku dulu tidak suka sekolah
dr darjah satu hingga 3
aku menangis xhenti
ABUYA hantar , aku  pergi
ABUYA balik . aku lari juga kembali

masih ingat
aku masih ingat
kenangan aku di bayu KLUANG itu
jelas
sangat jelas
:')

kalau aku ikut beraya bersama keluarga
pasti aku digelakkan
nek som yg plg aku xpercaya
dia masih ngat aku walaupun sudah tua
dia masih bertanyakan aku
:)
bila ABUYA kata aku di UTM
nek som kata " oh,pandai jugak rupanya "
haha
pasti nek som ingat aku mmg malas belajar
aku sudah berjaya nek som
:)

indah betul memori waktu aku di sana
LORONG BAHAGIA
:)
itu nama lorong kami
nama itu memang memberi erti
kami semua bahagia menjadi jiran tetangga
sewaktu kami mahu berpindah jua
aku yang baru darjah 6 boleh mengalirkan air mata
mahu meninggalkan mereka
jiran yang baik
:)
aku juga masih ingat
mak tok yang terhenjut henjut bahunya memeluk UMI
sumpah aku sedih

minggu hadapan
ABUYA dan keluarga mahu ke sana lagi
memenuhi jemputan perkahwinan
teman sepermainan aku mahu melangkah ke alam perkahwinan
alhamdulillah
:)
cuma aku xpercaya saja
dia yang aku kenal dulu
sangat nakal tapi penyayang
selalu ponteng sekolah dan ke bandar
aku lihat dia sering merokok menyorok nyorok
dia selalu saja liar
aku yang melihatnya ketakutan
tapi ada sekali dia baik dengan aku
sejak itu aku tidak lagi takut pada dia
aku jadi xtakut mahu lalu hutan jalan short cut ke sekolah agama
sebab aku tahu dia ada dlam hutan itu menanti waktu sekolahnya habis
kalau tiada dia pasti aku perlu menaiki basikal mendaki bukit dengan berbaju kurung sekolah
dia juga sering makan aiskrim 20sen
seingat aku aku juga sering diberi sekali
dia sgt nakal
tapi penyayang melayani aku sebagai adik
:)
dan minggu depan dia bakal bernikah
bersama insan yang bakal menjadi ibu pada anak anaknya
semoga dia bahagia
:)
cuma sayang aku xdapat menyaksikannya
xmengapa
cukup sekadar doa dia bahagia
dia bakal menjadi suami
juga ayah
semoga bahagia

sudah
aku mahu berhenti mengimbau yang lalu
.
malam ini pasti aku tersenyum
semoga mimpi menjadi indah
insyaallah

p/s : semangat kembali menjalani hari
alhamdulillah

8 comments:

ShErA said...

sangat syahdu membaca entri ini

Nazhirah Mazlan said...

sebab penulis juga sdg lagi bersedih..alhamdulillah rasa itu sampai ke pembaca..menggembirakan penulis pula..
:)

Eera Shera said...

eeiii...awk tau x, entry ni menusuk ke hati tau..huhu.so sweet... *boleh pulak teremo sama..aishh*

baru pestaim jaoh dr family ke? first year ek?

nuha said...

la tahzan la awk..:)

msredcheesecake said...

homesick ke ni? berpisah untuk menuntut ilmu tak pe...sementara...

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

huhuhuh.....sedihnya. Teruskan pejuangan sahabat blogger.


upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini 

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Nazhirah Mazlan said...

eera shera : haha..xde la 1st tyme sgt..hee..2nd year dah alhamdulillah...cume ituarikan cuti lame gile..jdi mengada plak nak sedih2 kan..hee~:)

Nazhirah Mazlan said...

nuha : awak pun sama lah tahzan :)

msredcheesecake : hix3..sy mengada2 homesick...

c ayob : insyaallah akan ke sana nanti..