Wednesday, September 14, 2011

~ sigh <--- its not me ~

... salam ...

esok kelas cuma satu
walaupun satu ianya tetap penting

esok kelas habis awal
walaupun habis awal x beerti bermula lewat

esok kelas terakhir minggu pertama ini
jumaat cuti demi malaysia

kalau ia tak terjadi
aku pasti sudah merancang pulang ke rumah

tapi sekarang hampir seminggu
apa seminggu cukup melunakkan hati yang marah
apa seminggu cukup untuk menyejukkan hati yang parah
apa seminggu cukup membuang jiwa yg terkilan
apa seminggu cukup untuk buat ibu merindui anaknya
apa seminggu cukup untuk membuang dosa yang tidak tersengaja itu
apa seminggu itu memang cukup untuk segalanya

tapi aku tahu
tak perlu tunggu seminggu
cuma sekelip mata
hanya sedetik hati
hanya sekilas pandang
hanya setitik air mata yang perlu
hanya sesaat
dan cuma sebentar

ibu pasti akan merindui anaknya
cuma sukar untuk meluahkannya
itu aku mengerti

jangan mengeluh duhai anak
teruskan berharap
teruskan berdoa
demi kesejahteraan ibu
ibu pasti berbuat yang sama juga

walau tiada deringan telefon
walau tiada ucapan khabar
cuma ada kepingan gambar
yang dipandang tidak bernyawa
tapi megalirkan rasa dingin di hati
membuat mata itu bergenang
jatuh juga menusuri pipi
tawakal lah anak
ibu itu mendoakan kamu
ibu itu pasti mendoakan kamu

semoga anaknya mengerti
tabah dan fahami
ibunya tidak seperti yang lain
ibunya hanya satu
tetap menjadi satu
walau apa yang berlaku
dia tetap ibu anak itu

2 comments:

nuha said...

ibu mana yg x sygkan anaknya sahabat...dun wOry,,evrythng gonna be okey..Insyaallah..keep smiling..:)

Nazhirah Mazlan said...

:)