Saturday, September 17, 2011

~ semalam ~

... salam ...

masa itu memang akan berlalu pergi
puas aku snooze
snooze ke 10 minit lagi
10 minit lagi
10 minit lagi
dari seawal jam 8pagi
aku tetap snooze waktu itu
walau bnyak mane aku snooze
ia tetap berjalan
walau hakikatnya aku lihat ia tetap 10 minit lagi
aku snooze dan terus snooze
hingga 12.38pm
aku berhenti snooze
barangkali aku sendiri sudah penat
untuk hentikan waktu yang sedang berjalan

sunyi sepi
ditemani angin angin yang mendayu dayu
hujan
sejuk
aku kembali tarik selimut menyelibungi diri
zuhur mula menampakkan diri
aku masih bermalasan
mata tidak merengek mahu berehat
mata sudah segar
hakikatnya tubuh yang kemalasan untuk pergi dari katil
otak sudah mula bekerja
memaksa diri pergi dari katil

bangun.berdiri.menggeliat
sepi sekeliling
bilik masih gelap
bersama mendungnya cahaya luar
ambil tuala.mandi
bersihkan diri
biar hilang kemalasan yang menyebabkan aku tidak mahu bangkit dari tidur
perut berbunyi minta diisi
sedangkan diri masih mahu bertamu di ruangan sepi bertemankan pancuran air
biarkan perut berbunyi
' rehat lah perut ' bisik hati
aku terus melayan perasaan di kamar mandi
berharap agar waktu terputar kembali agar menjadi pagi
tapi aku sgt pasti itu tidak akan terjadi
cuba bernafas seperti biasa
sukar
hidung bagai ada penghalang
'pasti selesema' getus hati
cuba lagi
mengalir cecair hijau pula
'oh,,ini sudah kronik' risau hati
'biarkan,ini juga nikmat Tuhan' pujuk akal

keluar menuju kamar
melalui lorong yang dipenuhi kamar kiri dan kanan
sepi sekali
pasti mereka lagi mencari makan
aku pula baru bangkit dari mimpi

kembali di kamar
menghadap yang ESA

masih di kamar
teringat cerita malam semalam
habis semua memori terpadam
ah,,menuntut air mata

habis segala data yang tersimpan rapi
gara gara virus yang menunjukkan kehebatan diri
teringat pula bila sahabat text mengatakan nyawa dia jatuh
aku terkejut bukan kepalang
aku fikir memang nyawa dia
rupanya hanya hard disk
hard disk dia yang masih bogel tak berbaju terjatuh
aku cuma gelak dia mengatakan itu nyawa dia

hingga semalam aku pula yang terkena

aku lagi teruk dari sahabat itu
aku mengalirkan titis titis jernih
otak aku juga cuba kerahkan idea

panik ? tidak.aku tidak panik
risau ? ya.aku sangat risau
sedih ? ya,aku memang sedih

mana tidak aku rasa segala itu
memang hard disk itu juga umpama nyawa aku
semua data aku rapi tersimpan di situ
walau aku tak memperdulikannya atau menjengahnya
tapi aku masih memerlukannya
agar ada bukti aku pernah rakamkan kebahagiaan dulu
:')

aku gigih scan dan terus menerus scan
calling sana sini
cuba pujuk hati
mujur ada DIGI EASY yang aku miliki sehari lepas
jimat aku calling calling
terubat juga hati aku

mujur dan seribu syukur
data data itu masih ada
cuma barangkali takut pada virus
menyebabkan ia sembunyi (hidden) xmahu memperlihatkan diri

oh,,lega sungguh hati
alhamdulillah
mampu kembali aku tersenyum
walau kepala aku berdenyut memikirkan semua itu
alhamdulillah
terima kasih ALLAH

p/s : malam ini ke KOTA TINGGI
open house naik bas UTM
:)

aku mahu menjadi pujangga hebat juga seperti kamu

6 comments:

diana said...

dah review blog kamu..
jemput baca...

http://www.dianarashid.com/2011/09/nazirah-dan-double-pink.html

nuha said...

lihat hikmah yg t'jadi itu..:)
keep blOgging~

Yumida said...

semalam yg kepayahan...runsing...bingung...

esok..sudah tiba...hari ini...sekarang...bingkas bangun drpd keselesaanmu!

msredcheesecake said...

syukur...masih milik kamu, masih boleh dimanfaatkan...

alam kenal yea...

Nazhirah Mazlan said...

kak diana : terima kasih banyak2 :)
sy sdg cuba ikut nshat akak

nuha :insyaallah

yumida : ayuh bangkit..sama2 berdoa :)

Nazhirah Mazlan said...

msredcheesecake :alhamdulillah..msh rezeki
salam kenal juga
:D