Tuesday, September 13, 2011

~ menjadi senior ~

... salam ...

hari pertama kuliah
banyak betul bas yg berlalu penuh macam tin sadin
meninggalkan aku hampa bersama sahabat
padahal aku begitu semangat memulakan hari
walaupun tidak bersama rumet tersayang

cehh,,,
ramai betul makhluk dr indonesia di kolej aku
getus hati rase nak meletus
nasib aku terdengar sahabat bicara
' dugaan hari pertama '
ada jua yang berkate membuat aku kerdil
' ikhlas ikhlas '

alhamdulillah
belum sempat aku nak bermonolog marahbersama hati
ada jua sahabat yang mengingati
:')

aku sedar ilmu ikhlas itu sukar diperolehi
walhal untuk menyatakan jua aku tidak bisa
kerna ikhlas xdapat aku katakan
xdapat aku gambarkan
cukup dengan hanya kau rasai dengan hati

aku tahu aku hanya perlu ikhlas
itu saja pensyaratannya
:')

acap kali ditanya dengan soalan yg sama
sudah diganti puasa nya ?
tersenyum bangga membilang hari
tapi terfikir jua aku
puasa penuh itu belum tentu lagi diterima
tapi aku sudah terlanjur riak pula
T.T



ini sewaktu kelas berakhir sesi pagi
nt ptg pkul 3 sambung lagi
menunggu bas


aku dan ida
terpisah dengan beberapa anak tangga
tapi kaki aku sakit juga kalau asyik nak naik turun
barangkali aku perlu belajar berdikari
jua sendiri


aku berusaha ceria
untuk menjadi senior
:)

p/s : sahabat sahabat sudah mula berpuasa 6
alhamdulillah
:)