Tuesday, September 13, 2011

~ mengerti ~

... salam ...

tak semua yang kita harap menjadi seperti apa yang diharapkan

ya aku mengerti dengan pengertian yang diberikan
siapa kata aku tak mencuba
siapa bilang aku tak berusaha
itu semua dusta
T.T
aku memang manusia biasa
sama seperti kalian semua
tiada beza
cuma aku ini aku
dan terus menjadi aku
tak mungkin menjadi kamu
itu aku pasti

dia lihat aku memang kuat
dia lihat aku sangat teguh
hingga sukar aku tergoyah
tapi dia tak mengerti
aku kuat kerana apa
aku teguh kerana siapa

aku tahu aku salah
tapi aku tahu mereka tak nampak aku cuba berubah
bukan salah mereka
sekali lagi 
memang bukan salah mereka

aku mengerti hukum dunia
walhal aku dibesarkan dengan hukum islam
aku tahu itu amanah
aku cuba yang terbaik
tapi aku sedar aku tetap khilaf

aku tiada apa apa
ilmu mahupun bakat
tapi mengertilah aku sedang mencuba
aku mencuba untuk tidak beralasan lagi
aku mencuba untuk tidak lari lagi
aku sedang cuba
mohon percaya
T.T

aku sedang cuba
bukan waktu yang aku pinta untuk aku selesa
bukan nama yang aku perlu untuk aku rasa gagah
bukan cacian yang aku perlu untuk aku bisa kuat
bukan sokongan aku perlu untuk aku bisa tersenyum
bukan
bukan
dan bukan 
semua itu aku tak perlu

aku cuma perlu kalian
kalian yang memimpin aku bertatih ke dunia kalian
itu saja 
titik noktah

p/s : tak guna kalau aku bersuara tapi hasilnya tetap sama
aku tahu
aku cuma perlu ikhlas
itu saja pensyaratannya
:')