Wednesday, September 14, 2011

~ gerak hati ~

... salam ...

hari ini masih lagi berjalan
tenang tanpa yang suram

di bumi UTM
membuat aku menjadi tamak
malah iri juga
tamak untuk meragut semua yang terbaik
iri kepada mereka yang memperolehinya
tapi rasa itu cuma sekejap cuma

kemudian aku cuma berpijak semula ku bumi nyata

aku harus bergerak dengan kelajuan aku
bukan kelajuan kamu
aku harus berfikir seenak otak aku
bukan otak kamu
aku harus senyum dengan perasaan ikhlas aku
bukan ikhlasnya kamu

lalu aku cuba rasional
memang segala di dunia ini x kan dapat aku miliki bukan
ada perkara yang perlu aku lepaskan
ada perkara yang perlu aku rebutkan
ade perkara yang perlu aku korbankan
ada perkara yang aku harus beri kerelaan kepada org lain untuk memilikinya

dan aku sudah mula senyum kembali
tidak suram dan tamak jua iri hati
kerana aku sudah sedar
aku perlu bersyukur
kerana dgn bersyukur aku akan lebih menghargai apa yang aku miliki
dan jua ikhlas
kerana itu saja pensyaratannya
alhamdulillah

p/s : jangan iri dengan kejayaan orang lain
setiap orang ada kejayaan masing masing
cuma waktunya saja yang lain
tahniah pada yang berjaya
:D

No comments: