Tuesday, September 20, 2011

~ aku lihat hari ini ~

... salam ...

aku nampak masjid yang tesergam indah
masjid itu tetap saja di situ
ada saja di situ
setiap waktu
:)

alhamdulillah
mujur aku di malaysia
bumi di mana masih ramai aku lihat agamanya islam
bila mata aku meliar
aku masih lihat manis gadis gadis itu
bertudung
dan menjaga auratnya
juga perlakuannya
cuma kadang kadang saja
kita xperasan apa yang kita lakukan
kerana itu kita perlu punya sahabat
yang bisa tegur buruk baik kita

azan
merebak sayup ke seluruh tanah UTM
alhamdulillah
aku bahagia melihat suasana anak anak muda berlari lari menyahut seruan itu
sungguh aku tersenyum
semua mahu berebut solat bersama imam
:)

melangkah naik ke tangga
aku memilih ruang atas bahagian perempuan
azan masih berkumandang
tapi sayang
 aku lihat kiri dan kanan penuh manusia dengan hilai dan tawa
aku tahu mereka khilaf
aku juga begitu kadang kala

azan selesai
ramai ke saf depan menunaikan solat sunat sebelum solat zuhur
tapi aku rasa masih ramai lagi yang masih bergelak tawa di belakang

qamat
jemaah mula memenuhkan saf saf hadapan
alhamdulillah saf penuh dan rapat
:)

tapi aku masih hairan
melihat mereka tetap bergelak tawa
padahal mereka punya mata
mereka punya telinga
dan mereka punya agama

apa mata tidak lihat bahawa imam sedang membawa makmum berbicara dengan ALLAH s.w.t
apa telinga tidak dengar imam membaca janji janji ALLAH s.w.t
apa agama tidak ajar adab adab di dalam masjid

aku juga tidak sempurna
aku mengerti
cuma kadang-kadang aku rasa perlu
perlu membenarkan sesuatu yang benar

kita bukan lagi pelajar
kita sudah besar malah bijak juga
kita mahasiswa
kita mahasiswi
adab adab yang kita belajar dulu amat mudah nak dibandingkan dengan teori teori dunia
amat mudah
hingga kita sendiri terlupa

sama sama lah kita muhasabah diri
kerana kadang kadang kita juga melakukan hal yang sama

p/s : pesanan untuk diri sendiri juga
:)


8 comments:

msredcheesecake said...

habit yg tak baik tak perlulah kita bawa ke masjid... saling mengingati itu kewajipan kita

nuha said...

jiwa kosong~

nuha said...
This comment has been removed by the author.
ShErA said...

paling geram kalau kat surau kita nak solat tapi yg lain tak reti nak beranjak... surau dah la kecil je

Nazhirah Mazlan said...

moga moga dapat kita perbaiki diri
agar jiwa yg kosong dapat terisi
:)

CIK JATT said...

sama-samala kita ingat-mengingati. manusia, biasala, mudah leka

a.samad jaafar said...

memang masih ramai yan begitu..cuma, mahu ke masjid itu satu perkara yang patut dipuji.. bagus n3 ni..

Zul Fattah said...

aku bersyukur dilahirkan dgan agama Islam .