Tuesday, August 30, 2011

~ salam lebaran 2011 ~


... salam lebaran ...


buat semua insan yang masih mengenali diri ini
sepuluh jari aku susun mohon keampunan

kalau kalau
aku rasa benar padahal aku salah
aku rasa tenang padahal harus gusar
aku rasa gembira sedangkan ada yang berduka
aku rasa rela padahal kamu terpaksa
aku rasa senang sedangkan kamu perlu bersusah payah
aku rasa setia hakikatnya tidak

adakala kita xsedar kesilapan diri
sehinggalah ada sahabat sahabat yang sedia menegur
sahabat itu umpama cermin buat diri
andai kata ada hati yg aku calarkan maafkan lah
andai kata ada hati yg terasa mohon halalkan lah
andai kata ada rasa yg x tenang berilah aku kemaafan

aku cuma manusia biasa yang seringkali terleka
salam lebaran semua
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
^__^


No comments: