Sunday, August 21, 2011

~ LAILATULQADAR ~

... salam ...

10 malam terakhir...
:)

apa kata kita berhenti bicara tentang bazar ramadhan...
berhenti bagitahu awak2 yg UMI kita masak ape hari ini atau nanti...
kita berhenti seketika saje yek..
sbab sy tetap nak cerita lagi kat awak2 semua kuih ape lagi UMI sy mahu buat...
sbab UMI bercadang nak buat kuih stat puase 20...
:)

baiklah panjang benar intro itu...
sy mahu berkongsi tentang malam LAILATUL QADAR...
apa yg saya tahu...
setelah diperah otak untuk kembali ingat..
dan google2..selak2 balek buku lame2...
matchkan semua...
dan harap2 tidaklah tersalah fakta insyaallah...
tp kalu silap juga sila lah betulkan...
terima kasih..
:)



10 malam terakhir antara malam2 yang ditunggu2 oleh kebnyakan umat islam terutamanya bg mereka2 yg soleh lagi solehah...
knp dorang tunggu2..??
sbabnya pada 10 malam terakhir ni ada satu malam yang dijanjikan ALLAH S.W.T bahawa malam itu lebih baik dari 1000 malam...
malam yang baik dan sebaik-baik malam yang mengatasi malam-malam jumaat...
malam yang diberkati dan penuh kebaikan...
malam itulah yang dipanggil malam LAILATULQADAR...
malam yang penuh keberkatan...

surah ke 97 , 5 ayat
AL QADR (KEMULIAAN)

'' Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ''

KEMULIAAN LAILATUL QADR
1 .Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Qur'an) pada malam kemulian
2 . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ?
3 . Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4 . Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
5 . Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

surah ini diturunkan berikutan para sahabat yang kagum dgan sahabat2 yg lain yang mampu shahid dan beribadah kepada ALLAH dgan taat nya...
lalu ALLAH pula membawa khabar gembira kepada hambanya...
iaitu malam lailatulqadar...
maka bergembiralah para sahabat dan Rasulullah s.a.w.
malam yg lebih baik dr seribu bulan...
satu malam beramal menyamai 1000 bulan...

ada di antara hadis yang menyatakan bahawa rasulullah bersungguh2 pada 10 malam terakhir lebih seperti malam2 sebelumnya malah turut membangunkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadah...

kerana kemuliaan malam lailatulqadar ini,Rasulullah amat menggalakkan umatnya mempelbagaikan amalan untuk menghayatinya...
malam lailatulqadar ini jatuh pada malam2 ganjil...
iaitu malam 21,23,25,27 dan 29...
ALLAH merahsiakan malam lailatulqadar adalah bertujuan agar hambanya menghayati 10 malam terakhir dgan beribadah khusus , ikhlas untukNya...
cube kita bayangkan kalau kita sudah tahu dgan yakin malam sekian-sekian jatuhnya malam mulia itu..
sedah pasti kita tidak lagi bersungguh2 untuk mencarinya bukan..
kerana itullah ALLAH merahsiakannya...
agar 10 malam terakhir ini ada kemanisannya tersendiri...
:)

pada malam lailatulqadar in amatlah digalakkan untuk memohon agar dosa2 kita yang lalu diampunkan..
malah lebih baik lagi kita bertaubat dgn sesungguhnya sebelum menemui malam ini...
orang2 yang beribadah kepadaNya pada 10 malam terakhir ini akan mendapat rahmat dan keberkatan yang dijanjikan ALLAH...
kerana sesungguhnya janji ALLAH adalah benar...

TANDA_TANDA MALAM LAILATULQADAR

ada beberapa tanda berhubung dengan malam lailatulqadar :
- ada yang mengatakan ia melihat nur di setiap yg gelap,bererti malam itu terang benderang
- ada yg berkata ia melihat segala makhluk sujud kepadaNya,segala makhluk ialah termasuk pohon2
- ada jua yang berkata doanya dimakbulkan

wallahualam...

tp seingat sy dulu swaktu sy sekolah rendah ada surat khabar atau majalah yg memaparkan gambar pohon yg kelihatannya seperti rukuk...
yea,,perkara ini masih jelas di ingatan sy..
maklumlah dulu mase sekolah rendah lagil a fresh bila ustaz/ustazah ajar dan tup2 apa yang kita belajar masok paper kan..
berkesan la kan...
belajar umpama teori..
dan praktikalnye bila apa yg kita blaja kua paper/majalah...

ini saja lah yg dapat sy kongsikan...
sebenarnya banyak hadis2 yang digunakan untuk menceritakan tentang malam lailatulqadar..
tp sygnya sy hanya pelajar biasa yg xmendalami scr mendalam ilmu hadis..
malah 40hadis yg kita perlu tahu 2 pon xberjaya sy kuasai...
apatah lagi untuk kongsikan kpd awak2 kan...
dulu waktu skola pon ade juga blaja hadiskan...
tp biasalah waktu zaman skola...
itulah waktu zaman enjoy dan bile abes exam automatik sume ilmu berebut2 nak keluar dr kpale..
=,=''

tp yg pastinya...
bersungguh2 lah kita menghayati 10 malam terakhir ini...
insyaallah siapa tahu rezeki kita..
tuah ayam nmpak di kaki..
tuah manusi x siapa yg tahu...
kecuali ALLAH...

marilah menerangi malam rumah2 kita dengan beribadah kepadanya dengan ikhlas...
semoga amal kita diterima insyaallah...

p/s : salah silap harap dimaafkan dan dimaklumkan...
sekian
^-^

2 comments:

nuha said...

sharing means caring..^^
tq!!

Nazhirah Mazlan said...

caring means loving...^^
wc!!!