Saturday, July 16, 2011

~ random ~

... salam ...

hari ini kisah itu terbuka lagi...
bukan dibuka untuk menagih simpati...
jauh sekali untuk riak di hati...
cuma sekadar memberi tahu...
apa yang terhasil kini ada kisah yang perlu dibayar...
dibayar bukan dengan not-not berwarna...
bukan juga dengan ape yg terlarang agama...
tapi cukup dengan kesabaran dan azam untuk berjaya...

senyum hari ini tak bermakna hari-hari yang lalu sudah pergi begitu saja...
ketawa hari ini tak mungkin beerti kisah lama dilupakan...
cukuplah sekadar untuk memberi pedoman...
bahawa setiap insan pernah melakukan kesilapan...
dan setiap makhluk Tuhan berhak punyai peluang kedua..
selagi nyawa masih bersatu dengan jasad...


malam ini nifsu syaaban...
apa yg berlalu biarkan lah pergi...
jgan lagi ditoleh ke belakang untuk kembali...
tp tolehlah ke belakang untuk mempelajari kesilapan...
tolehlah ke belakang agar masa depan tidak lagi kelam...


terima kasih 

Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu, 
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu,
 Bersyukur dengan segala ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu. 

No comments: