Sunday, July 17, 2011

~ aku minta maaf ~

... salam ...
baru-baru ini aku mendapat email dari seorang teman...
aku memanggilnya teman kerana dia bukan sahabat aku..
pada aku memang ada perbezaan antara seorang teman dan sahabat...juga kawan...
ya,,mungkin kerana aku x mengenalinya lalu aku menganggapnya teman...

email dia berbaur kemaafan...erk,,mungkin x sesuai nak kate berbaur..
kerana dgan jelas bertujuan kemaafan...

tapi pada aku kemaafan itu bukan sekdar kosa kata yang bisa kita taipkan bukan...??
bukankah perlu disertakan dengan keikhlasan dan kesungguhan..??
kalaulah sebegitu senang kata maaf diterbitkan dan diterima...
wah,,pasti enak menyakiti orang dan meminta maaf bukan...

akan tetapi siapalah aku untuk mengukur kesungguhan dan keikhlasan seseorang...
bukankah ilmu ikhlas itu amat sukar diperolehi...
kalau sudah sukar diperolehi apa layak pula aku untuk mengadili...??
bukan aku cuba untuk berlaku zalim...
jauh sekali cuba menjurangkan apa yang sememangya sudah punya jurang...
cuma aku terkilan,
senang sekali maaf itu dipinta...
hanya sekadar sebaris kata-kata hambar yang bila dibaca xmenerbitkan rasa di hati...
atau mungkin hati aku yang sebegitu keras...
tapi tidak juga..
kerana tanpa ucapan maaf yg hambar itu pun aku sendiri sudah tidak ambil peduli perihal dulu..
walau aku cukup kesal dan pelik...

tapi biarlah...
kerana aku sudah melupakan...
tapi melupakan dan memaafkan itu perkara yg berbeda bukan...???

' aku minta maaf pada kau..terpulanglah pada kau untuk maafkan aku atau tidak.. '

nah,,
kalau begitu seolah-olah aku mempunyai kuasa bukan..
kuasa untuk memafkan org lain...
dan pada aku ayat sebegini masih terselit ego sang pemimta maaf...
mungkin insan itu meminta maaf sekadar melepaskan batuk di tangga...
dengan alsasan,,'' aku dah minta maaf suda la ''
bukan itu asas dalam memohon maaf...
bukan begitu kan..??

apa lah salahnya kalau ditaipkan sebegini pula,,

' aku minta maaf pada kau...harap kau dapat maafkan aku.. '

bukankah ayat sebegini lebih tenang dan lembut untuk dibaca...
adatlah kita yg mahu memohon maaf bukan...??
apa salahnya kita merendahkan nada suara kita...
dan merendahkan kekasaran dalam ayat2 kita...

atau pula,,

' aku minta maaf...berikan aku peluang membaiki kesilapan aku... '

dan pada aku pula..
ayat seperti ini lebih telus..
ianya menunjukkan bahawa si peminta maaf mahu menjernihkan apa yang sudah keroh...
beerti peminta maaf mahu memohon maaf dan kembali menjalinkan silaturrahim..
:)

ye...
ini sekadar pendapat dan pandangan aku bukan...
lagipun inikan ruangan aku menaip..
ruangan aku bercerita...
dan tugas2 anda membaca...
ambil yang bermanfaat shaja...
agar saya pun bisa mendapat manfaatnya kelak insyaallah...

aku cuma insan biasa...
yang kadang terasa rajuk di hati...
tapi aku sedar juga yang aku x sesempurna mana...
apa yang berlalu aku xmahu melihat kembali...
biarkan pergi dan jangan muncul lagi...
agar sinar hadir kembali...
:)

inilah aku...yang xbisa menerima lagi pengkhianatan...
secara zahir memang aku biarkan...biarkan sehingga benakku memadamkan ingatan...
biar aku terlupa...
tapi,,aku juga sedar akan hakikat...
yang melupakan dan memaafkan itu bukan sama sekali perkara yang sama...


~sekian~

No comments: